IPOH:Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kemalangan dan kecederaan parah seorang anggota polis di satu sekatan jalan raya di sini Selasa lalu.
Nor Azman Mat Salleh, 35 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.
Dia dituduh menunggang sebuah motosikal di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan parah ke atas Koperal Mohd Aizal Md Lazim.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di satu sekatan jalan raya di Jalan Silibin, Ipoh, kira-kira jam 11.15 pagi, 24 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 44 (1A) akta yang sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000 dan penjara selama tempoh tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan lesen memandunya digantung sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Januari tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqah Izzati Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 27 2020
Nor Azman dituduh melakukan kesalahan tersebut di satu sekatan jalan raya di Jalan Silibin, Ipoh, pada pagi 24 November lalu. - Astro AWANI
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
'Sinar baharu' tangani kesesakan penjara
Malaysia buat masa ini mempunyai sebanyak 39 penjara dengan jumlah tahanan 74,459 pesalah.
Halalkan kanabis perubatan? Sabar dulu - Anwar Ibrahim
Ambil kira jumlah penagih dalam kalangan anak muda termasuk di luar bandar yang semakin meningkat sehingga mencecah ratusan ribu setakat ini.
Kedah catat kes penyalahgunaan dadah tertinggi
Jumlah itu meningkat sebanyak 28.4 peratus berbanding 2020 yang berjumlah 10,518 kes.
'Panas baran, badan susut nampak tulang' - Isteri derita suami ketagih air ketum
Suaminya memang mengamalkan minuman ketum sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Trend dadah sintetik semakin mencabar - AADK
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.
41 individu disyaki penagih, tokan dadah ditahan di tiga Felda
Polis turut merampas dadah jenis heroin dianggar seberat 99 gram dan syabu seberat 17 gram.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai M24,570
Mereka ditahan ketika dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah tersebut kepada pembeli.
Polis tahan 53 penagih dalam lapan serbuan
Kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
50 penagih dadah ditahan dalam Op Sarang
Seramai 50 individu disyaki penagih dadah ditahan polis dalam Op Sarang di tiga lokasi 'port' penagih di Kuala Lumpur.
Lelaki di bawah pengaruh dadah didakwa langgar polis
Nor Azman Mat Salleh, 35 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.