GEORGE TOWN: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta dan merampas 9.82 kilogram ganja bernilai RM24,570 daripada mereka di Jalan Masjid Negeri di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pengawal keselamatan dan pengusaha kedai makan berusia 51 tahun itu ditahan pada 7.45 malam ketika kedua-duanya berada di dalam kereta berkenaan dan dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar bekalan dadah tersebut kepada pembeli.
"Penahanan dilakukan hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak sebulan lepas. Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu menemukan 10 ketulan mampat ganja seberat 9,828 gram bernilai RM24,570.
"Siasatan mendapati mereka mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket dan menjualnya semula untuk pasaran tempatan sejak tahun lepas. Semua ganja itu boleh digunakan oleh seramai 18,656 penagih dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, selain penahanan kedua-dua lelaki itu, polis turut menyita kereta bernilai RM30,000 itu dan wang tunai RM35,140.
Beliau berkata seorang daripada mereka positif terhadap dadah dan kedua-duanya kini direman enam hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya menahan 380 individu termasuk dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal sejak 1 Januari hingga 9 Januari lepas kerana kesalahan berkaitan dadah antaranya membekal, memiliki dan didapati positif terhadap dadah.
Beliau berkata ujian air kencing ke atas dua anggota polis tersebut dijalankan oleh Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
"Fokus kami tahun ini memang mahu membanteras kegiatan pengedaran dadah di Pulau Pinang dalam usaha mengurangkan penagih dadah kerana mereka ini antara penyumbang kepada kes jenayah.
"Ujian air kencing melibatkan pegawai dan anggota polis memang dijalankan secara berkala dan mengejut bagi memastikan pasukan polis bebas daripada dadah. Konstabel yang positif terhadap methamphetamine itu sedang dalam tahan kerja semasa ujian air kencing dijalankan ke atasnya manakala Lans Koperal pula sedang bertugas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Menurut Shuhaily (tengah), siasatan mendapati dua suspek itu mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket dan menjualnya semula untuk pasaran tempatan sejak tahun lepas. - Bernama
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.
Pasangan kekasih curi motosikal dicekup
Supt Juna berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah inap desa di Kuala Kurau pada 2.30 petang.
MOT mahu pinda Akta 333, pastikan hukuman untuk pemandu positif dadah - Loke
Undang-undang sedia ada tidak membolehkan pendakwaan terhadap pemandu terbabit selagi mereka tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Wanita ditahan bersama lebih 200 kilogram methamphetamine
Sepasukan anggota Kastam, menemukan 13 guni berisi 268 bungkusan berlabel teh cina yang mengandungi dadah tersebut di dalam kereta jenis Hyundai Starex, dipandu oleh wanita terbabit.
Remaja, belia terlibat dadah akibat daripada masalah dalam persekitaran sosial - AADK
Penglibatan remaja dan belia dengan najis dadah berpunca daripada keretakan masalah sosial.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
812 individu ditahan dalam Op Tapis Bersepadu, Op Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Op Tapis Bersepadu dan Op Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.