BERTINDAK luar kawal sehingga membawa kepada jenayah membunuh.
Demikian situasi dan risiko yang membelenggu masyarakat khususnya penagih kesan daripada penyalahgunaan dadah sintetik atau tiruan.
Meskipun perlakuan tidak berperikemanusiaan itu boleh dikatakan bukan datang daripada sifat semulajadi kumpulan tersebut, namun kesan halusinasi dan delusi akibat pengambilan dadah jenis baharu tersebut menjadikan mereka tidak waras dan hilang pertimbangan.
Jika dahulu kesan penyalahgunaan dadah tradisional seperti ganja dan heroin mengakibatkan masalah ketagihan, tidak produktif, selekeh dan berpenyakit, namun trend terkini tidak seumpama itu. Kesannya lebih dasyat daripada apa yang difikirkan.
Hanya dalam bentuk pil (pil kuda atau yaba), kristal atau hablur (syabu, ice, batu) dan ekstasi, tetapi implikasinya bukan sekadar gila, malah boleh membawa kepada jenayah berat.
Justeru, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyokong penuh tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilihat semakin agresif memerangi penawaran dadah dengan mematahkan penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini.
Bukan soal nilai rampasan yang diutamakan, sebaliknya kesan kemudaratan bahan itu jika ia terlepas dan disalahgunakan masyarakat khususnya belia.
Situasi ini benar-benar memberi tekanan kepada banyak pihak baik pihak berkuasa dan masyarakat, malah lebih bahaya kepada institusi keluarga jika ada ahlinya menyalah guna bahan terlarang tersebut.
Buktinya, beberapa kes bunuh belakangan ini cukup menyedihkan kerana mangsanya adalah ahli keluarga terdekat.
Lebih malang lagi, kesan halusinasi itu menjerat penagih bertindak di luar kawalan sehingga berlaku pembunuhan kejam terhadap ibunya sendiri seperti yang dilaporkan berlaku beberapa bulan lalu.
Belum dihitung tindakan memukul dan memeras ugut dek kerana tidak diberi wang untuk mendapatkan bahan tersebut.
Situasi sedemikian berlaku ekoran dadah sintetik atau tiruan yang mengandungi 100 peratus bahan kimia itu bukan sahaja mudah didapati di pasaran atau dibeli secara dalam talian, malah ia dijual pada harga lebih murah dan boleh dihasilkan, waima di rumah sendiri.
Ini merupakan cabaran besar buat kerajaan dan pihak berkuasa khususnya PDRM dan AADK yang bertanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah, sekali gus mencegah masyarakat terjebak dalam dunia penagihan dadah.
Jika penularan penyalahgunaan dadah sintetik tidak segera dibendung, bimbang ia akan merosakkan keharmonian Keluarga Malaysia.
Di Malaysia, bahan terlarang jenis berkenaan telah digunakan secara meluas sejak tiga tahun belakangan ini berikutan kesukaran mendapatkan bekalan heroin.
Dadah jenis perangsang terbabit terkenal dalam kalangan penagih baharu yang menyifatkannya 'selamat' tanpa sebarang kesan ketagihan.
Hakikatnya, tanpa disedari dadah sintetik memberikan implikasi lebih teruk sehingga mengakibatkan kerosakan kekal pada otak yang menyumbang permasalahan mental dan penggunaan yang berlebihan boleh membawa maut.
Walaupun AADK berkemampuan memulihkan penagih dadah sintetik ini, cabaran merawat pulih golongan ini lebih rumit dan tinggi kosnya khususnya individu dalam kategori sebagai dual diagnosis.
Melalui Model i-Pulih AADK, seseorang individu yang mengalami masalah penagihan dadah boleh dirawat pulih melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti di 109 fasiliti AADK atau melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi di 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara
Model i-Pulih AADK menyediakan program rawatan dan pemulihan merangkumi aspek biologi, psikologi, spiritual dan sosial yang sesuai dengan keperluan kepulihan seseorang individu itu. Penekanan diberikan untuk membimbing individu tersebut untuk keluar daripada masalah ketagihan yang dihadapi dan menjadi insan yang berfungsi dan produktif kepada keluarga, masyarakat dan negara.
AADK juga memantau individu-individu yang telah tamat menjalani program rawatan dan pemulihan melalui Program After Care Services AADK bagi memastikan mereka terus mendapat bimbingan dan panduan dengan menyediakan latihan kemahiran dan vokasional, prapenempatan pekerjaan, jagaan lanjutan, program hijrah dan juga penglibatan significant others dan masyarakat setempat bagi menyokong dan membantu proses kepulihan sepanjang hayat individu ini.
Memandangkan program rawatan dan pemulihan ini hanya boleh mengurangkan jumlah penagi-penagih sedia ada, AADK juga melaksanakan program pencegahan untuk meningkatkan kesedaran awam dan mendidik masyarakat untuk menjauhi dadah. Kesedaran awam dan sikap benci dadah ini akan membendung kes-kes penagihan baharu dan juga mengurangkan permintaan kepada bahan terlarang ini.
Melalui Model i-Cegah AADK, tumpuan diberikan untuk mendidik warga Malaysia bahawa Dadah Itu Masih Musuh Nombor Satu Negara. Oleh itu, Kempen Lebih Baik Cegah AADK yang turut dijayakan oleh Skuad Antidadah AADK memberikan penekanan bahawa mencegah masih lagi pendekatan yang terbaik dan kos efektif dalam membasmi masalah penyalahgunaan dadah di negara kita.
Tumpuan pendidikan pencegahan dan kempen kesedaran awam dijalankan melalui program berbentuk omnipresence, outreach, community empowerment, bimbingan dan kaunseling keluarga, murid-murid sekolah dan penuntut-penuntut pusat pengajian/kemahiran dan masyarakat awam serta Program Tempat Kerja Bebas Dadah yang dijalankan di sektor swasta dan awam di seluruh negara.
Kawasan-kawasan berisiko tinggi turut dikenal pasti di seluruh negara dan usaha sedang diambil untuk menjadikan kawasan-kawasan ini bebas daripada ancaman penagihan dadah. Kementerian Dalam Negeri telah menetapkan sasaran supaya 155 buah Kawasan Berisiko Tinggi yang ada di seluruh negara dipulihkan menjelang tahun 2025.
AADK juga telah menambah baik proses pengesanan individu yang terlibat dengan masalah penagihan dadah di seluruh negara. Pejabat-pejabat AADK Daerah sedang membuat pengesanan secara aktif ke atas orang yang disyaki (OYDS) menagih dadah di setiap kampung, mukim, taman dan penempatan di kawasan masing-masing.
Tindakan penguatkuasaan melalui Model i-Prihatan AADK akan melibatkan usaha mengesan OYDS ini bagi membantu mereka menjalani program rawatan dan pemulihan di fasiliti AADK berpandukan undang-undang sedia ada. Program Intervensi Awal dan Program Outreach juga dilaksanakan bagi memujuk kumpulan ini mengikuti program rawatan dan pemulihan anjuran AADK secara sukarela.
Walaupun diberi kuasa untuk menahan seorang individu yang disyaki menangih dadah untuk dirujuk ke mahkamah bagi mendapatkan perintah menjalani rawatan dan pemulihan, AADK sebenarnya mempelawa dan menggalakkan individu untuk menjalani program pemulihan di PUSPEN secara sukarela.
Sudah sampai masanya untuk masyarakat dan ahli keluarga bersikap lebih terbuka dan menerima kembali individu yang menjalani program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di fasiliti-fasiliti awam dan swasta di negara ini. Sokongan dan dorongan berterusan akan membantu proses kepulihan individu terbabit.
Kebanyakan kes individu kembali menagih semula (relapse) yang dikesan oleh AADK berlaku berikutan stigma masyarakat setempat dan penolakan ahli keluarga sendiri. Oleh kerana merasa tersisih dan dibiarkan bersendirian, mereka memilih jalan menagih dadah semula bagi menyelesaikan kemelut diri.
Ahli-ahli keluarga dan kepimpinan masyarakat setempat juga perlu cakna dengan memujuk individu yang adala masalah penagihan dadah untuk menjalani rawatan dan pemulihan sama ada di fasiliti AADK atau yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Pusat Pemulihan Dadah Persendirian berdaftar.
Selain itu, ahli keluarga dan masyarakat awam juga boleh merujuk kepada perkhidmatan atas talian AADK melalui Hotline AADK 03-8911 2233 untuk aduan, khidmat nasihat, advokasi, bimbingan dan kaunseling.
Oleh itu, sampai bila kita perlu berdepan dengan situasi seumpama ini? Jika tidak dibendung bersama-sama bimbang, bahana najis dadah membawa kemudaratan kepada negara.
Ayuh Keluarga Malaysia, marilah bersama menentang Musuh Nombor Satu Negara ini.
Lebih Baik Cegah!
- Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Kenyataan Media
Wed Mar 09 2022
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyokong penuh tindakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilihat semakin agresif memerangi penawaran dadah.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.
Komuniti MADANI berperanan jadi perantara kerajaan dan rakyat
Komuniti MADANI berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Keluarga tempat rujukan utama klien - AADK
Ini kerana keluarga adalah tempat rujukan utama klien dalam mendapatkan kepulihan sepanjang hayat.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
AADK sedia hadapi cabaran selepas RUU Akta Penagih Dadah 2024 diwartakan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah bersiap sedia dalam segala aspek sejurus Rang Undang-Undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 diwartakan kelak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Julai 2024.
Penyalahgunaan ketum dan undang-undang
AADK ingin menekankan penyalahgunaan ketum atau bahan psikoaktif mitragynine memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria (khayal) yang boleh menyebabkan ketagihan.
AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.
Pindaan RUU Akta Penagih Dadah bawa semangat nyah jenayah penagih, penyalah guna
Beliau berkata perkara itu selari dengan prinsip kerajaan dan dunia menerusi United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).