PUTRAJAYA: Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menggantikan hukuman itu kepada penjara 30 tahun.
Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat terhadap Shahrul Nizam Mohd Shah, 52, selaku pemohon.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Tengku Maimun berkata, pemohon dikehendaki menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 8 Oktober 2008 lalu.
“Hukuman mati diketepikan diganti dengan hukuman penjara 30 tahun mulai tarikh tangkap,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Semasa hujahan, peguam, R Subash yang mewakili Shahrul Nizam, memohon anak guamnya dikenakan hukuman penjara 30 tahun yang mana dia telah ditahan selama 16 tahun yang kemudiannya tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi.
Mengikut pertuduhan, Shahrul Nizam dituduh membunuh teman wanitanya di rumah sewa, di Kampung Gombak, Kuang, Rawang, antara jam 9 dan 10 pagi, 7 Oktober 2008 lalu.
Pada 22 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Shahrul Nizam bersalah kerana membunuh teman wanitanya itu setelah mendapati mangsa akan berkahwin dengan lelaki lain.
Ketika membela diri, Shahrul Nizam memberitahu bahawa dia dan bekas kerani itu bercadang untuk membunuh diri dengan meminum racun umpama ‘Romeo dan Juliet’.
Dia juga mendakwa mangsa telah memaksanya meminum racun terlebih dahulu dan akibatnya, dia pengsan.
Lelaki itu berkata, setelah sedar, dia mendapati Nurul Hazira telah tidak bernyawa lalu dia berlari ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.
Bagaimanapun, hasil laporan bedah siasat mendapati, Nurul Hazira meninggal dunia akibat cekikan dan tidak ada racun ditemukan dalam tubuhnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 30 2024

Keputusan sebulat suara dibuat panel tiga hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat terhadap Shahrul Nizam Mohd Shah, 52, selaku pemohon. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bunuh, tikam teman wanita 28 kali: Hukuman mati bekas pengurus diganti penjara, sebatan
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi dan menggantikan kepada hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan.

Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.

Pemandu lori tolak kekasih dituduh atas pertuduhan membunuh esok
Seorang pemandu yang menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam pada 28 Februari lalu akan didakwa atas pertuduhan membunuh, esok.

Penjual buah didakwa bunuh kekasih
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.

Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.

Masalah kewangan punca wanita dibunuh di Bukit Bintang - Polis
Polis percaya berlaku pertengkaran di antara mangsa berusia 36 tahun dengan suspek sehingga menyebabkan kematiannya.

Bunuh kekasih demi kehormatan diri, remaja perempuan berdepan hukuman gantung
Suspek bertindak sedemikian ketika menentang kemahuan mangsa yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya.

Kes bunuh kekasih: Seorang YouTuber didakwa, tiga rakan dibebaskan
Abdul Jamal Ahmad, 23 tahun, mengganguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

YouTuber, tiga rakan disambung reman hingga Jumaat bantu siasatan bunuh kekasih
Kertas siasatan itu dijangka diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.