PUTRAJAYA: Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh pelajar tingkatan lima yang juga kekasihnya, lapan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob, 28, supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).
"Hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 25 Okt 2015," katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais.
Hakim Mohamad Zabidin turut membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan merogol selepas peguam Azizul Shariman Mat Yusoff mewakili Tarmizi memaklumkan pihaknya tidak meneruskan rayuan. Oleh itu, hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi, kekal.
Pada 26 Mac 2019, Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang menjatuhkan hukuman mati terhadap Tarmizi yang dikenali sebagai "Babun" selepas didapati bersalah membunuh pelajar berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Teluk Kumbar, Georgetown antara 7.30 pagi hingga 7.30 malam, 25 Okt 2015.
Mahkamah itu juga menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan terhadap Tarmizi kerana merogol kekasihnya di tempat dan tarikh sama pada 7.30 pagi. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu bagi kesalahan membunuh dan merogol.
Terdahulu, Azizul Shariman berkata pihaknya telah menyerahkan representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 Ogos lepas supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).
"Kami mendapat jawapan daripada pihak responden (pendakwa raya) bahawa tiada halangan untuk kami memohon hukuman di bawah akta terbabit," katanya dan menambah rayuan hanya membabitkan hukuman dan bukan sabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar mengesahkan perkara itu.
Semasa rayuan meringankan hukuman, Azizul Shariman memohon penjara minimum dengan mengambil kira semasa kejadian, perayu ialah pesalah muda yang ketika itu berumur 20 tahun serta mengalami terencat akal minimum akibat pengambilan dadah, selain kurang kasih sayang memandangkan ibunya meninggal dunia semasa usianya 15 tahun.
Noorhisham pula berkata semasa kejadian, perayu telah menggunakan senjata pisau dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat 18 kesan campuran pendarahan, lebam, luka dan melecet pada badan si mati.
Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara tidak kurang 35 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan sebulat suara itu selepas membenarkan rayuan akhir Tarmizi Yaakob. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.

Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.