JOHOR BAHRU: Hukuman gantung terhadap bekas pengawal keselamatan warga Indonesia, La Ode Ardi Rasila, 47, kerana membunuh pegawai AmBank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 11 tahun lalu, diketepikan selepas Mahkamah Persekutuan bersidang di Johor Bahru hari ini.
Keputusan itu dibuat panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Panel-panel hakim turut mengetepikan hukuman mati terhadap tertuduh bagi satu lagi pertuduhan mengikut Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan dan sengaja melepaskan tembakan dengan senapang patah, dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 November 2013.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, S. Selvi.
Pada 29 Februari 2016, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya mengekalkan hukuman gantung terhadap tertuduh selepas panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif.
Keputusan itu dibuat selepas panel hakim sebulat suara menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman mati bagi satu lagi pertuduhan Akta Senjata Api.
Pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati selepas mendapati La Ode bersalah terhadap dua pertuduhan itu.
Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam bangunan AmBank cawangan Subang Jaya di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, di antara jam 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober 2013.
Siti Nur Aqilla Omar
Mon Jul 15 2024

La Ode (tengah) ketika dibawa keluar anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada 14 Ogos 2014. -Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.

Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.