JOHOR BAHRU: Bekas pengawal keselamatan hari ini terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh anak perempuan rakannya, 13 tahun lepas.
Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang bersidang di sini, membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.
Tengku Maimun yang bersidang bersama-sama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hanipah Farikullah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Kalaiselvan ditangkap iaitu pada 3 Julai 2011.
Dia didapati bersalah membunuh Nur Rahayu Qomarudin, 16, di Ladang Kelapa Sawit Sungai Masai dekat sini antara 2.30 pagi dan 2.50 pagi 18 Jun 2011.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati Kalaiselvan kerana mangsa, yang ketika kejadian masih kanak-kanak, telah dibunuh dengan kejam iaitu dipukul, ditikam di leher selain dibakar manakala peguam Datin Kharen Jit Kaur yang mewakili tertuduh memohon agar permohonan semakan dibenarkan.
Kalaiselvan dijatuhi hukuman mati pada 26 Dis 2012 dan rayuannya telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Mac 2014 manakala Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya pada 25 Ogos 2015 turut mengekalkan hukuman mati tertuduh.
Panel sama turut mengetepikan hukuman mati Habin Noor Sulaiman, 56, yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, pada 2010 dengan menikamnya sebanyak 19 kali selain menyimbah cuka getah di kepala mangsa.
Mangsa meninggal dunia 21 hari kemudian semasa dirawat di hospital.
Hukuman mati tertuduh diganti dengan penjara 38 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 16 Dis 2010.
Tetralina memohon mahkamah mengekalkan hukuman mati Habin Noor kerana ketika kejadian, mangsa mengandung dan ini menjadikan tertuduh telah meragut dua nyawa.
Peguam Muhammad Abd Kadir pula berkata tertuduh telah mengakui perbuatannya dan telah menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram selepas kejadian itu dilaporkan oleh ahli keluarga mangsa.
Pada 3 Jan 2011, Habin Noor dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku cuba membunuh Nur Ain Ashikin dengan sebilah pisau dan hukuman penjara 17 tahun kerana menyimbah cuka getah sehingga menyebabkan mangsa cedera parah.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Jalan Cemara 2, Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi pada 9.15 pagi 16 Dis 2010.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadap Habin Noir kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dijatuhi hukuman mati dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 22 Mac 2016.
Sementara itu, bekas anggota polis berpangkat korporal Muhammad Faizal Salim, 47, turut terlepas tali gantung selepas hukuman mati terhadapnya diganti dengan penjara 40 tahun dengan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh kekasihnya Norzielawati Akmar Afandi, 35, yang sedang mengandung.
Panel itu memerintahkan Muhammad Faizal menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 13 April 2015.
Dia dituduh membunuh mangsa di taman rekreasi Hutan Bandar Bukit Cantik, Mersing antara 11 malam dan 12.30 tengah malam 12 April 2015.
Tetralina memohon agar hukuman mati dikekalkan kerana laporan bedah siasat mendapati punca kematian Norzielawati ialah hentakan kuat dengan benda tumpul di kepala dan mangsa juga mengalami 47 kecederaan lain di badan seperti kesan lebam, luka serta kelupasan.
"Bayi dalam kandungan juga sudah berusia enam bulan, jadi pemohon telah membunuh dua nyawa dan saksi juga turut mendengar mangsa telah merayu agar tidak dipukul namun tidak diendahkan pemohon," katanya.
Peguam Iskandar Shah Ibrahim, yang mewakili Muhammad Faizal, berkata anak guamnya ada berniat untuk menghantar mangsa mendapatkan rawatan.
Pada 21 Mei 2018, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap Muhammad Faizal dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2024

Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya. - Foto Sinar Harian

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas hukuman mati
Panel hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan D. Kalaiselvan, 59, berhubung hukuman mati terhadapnya.

Tembak pegawai bank: La Ode terlepas hukuman gantung
La Ode dijatuhkan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.

Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.