KLANG: Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya, dua minggu lepas.
Khoo Choon Heng, 44, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Khoo didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini pada 1 petang, 18 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Bahiyah Amir Haidi manakala tertuduh diwakili peguam Sharonpal Singh.
Sebelum ini media melaporkan seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di Klang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Khoo (foto) didakwa membunuh Koh Chea Ling, 26, di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Bayu Tinggi di sini pada 1 petang, 18 Dis lepas. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penjual buah didakwa bunuh kekasih
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Buruh warga Myanmar didakwa bunuh penjual buah warga emas
Seorang buruh warga Myanmar didakwa atas pertuduhan membunuh seorang penjual buah warga emas di sebuah rumah di Taman OUG, Brickfields.

Penjual buah berusia 80 tahun mati ditikam
Seorang penjual buah berusia 80 tahun mati ditikam di hadapan sebuah rumah dua tingkat di Taman OUG di sini, pada Selasa.

Penjual buah di Singapura didakwa merusuh
Tertuduh bersama individu yang masih bebas didakwa merusuh sehingga mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tujuh tahun lalu.

Belanja RM100 setiap hari beli makanan untuk kucing jalanan
Sepasang suami isteri di Kuala Kedah sanggup mengeluarkan belanja RM100 daripada hasil jualan buah untuk beri makan kepada kucing jalanan.