MELAKA: Sebanyak 29,197 penduduk atau 15.7 peratus daripada 185,407 individu dalam kalangan B40 di Melaka menyertai Skim Peduli Kesihatan (PeKa) setakat 30 Nov lepas.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, lebih banyak program akan dilaksanakan pada masa hadapan dalam usaha menarik baki 156,210 individu dalam kalangan B40 yang masih belum menjalani saringan kesihatan.
"Kita akan mohon dan bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama membabitkan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) yang hendak melaksanakan program itu agar memaklumkan pada kita.
"Ia bagi membolehkan pasukan saringan PeKa ini dapat bersama mereka untuk melakukan saringan secara percuma," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) mengenai jumlah dan langkah menarik lebih ramai menyertai saringan PeKa di negeri itu.
Dr Muhamad Akmal berkata, selain Japerun, saringan juga dijalankan di klinik swasta dan klinik kesihatan kerajaan serta jalinan kerjasama dengan klinik kanser bergerak.
"Menerusi klinik ini rakyat boleh menjalankan pemeriksaan pengesanan awal kanser atau 'tumor marker' secara mudah termasuk mamogram kerana kita faham ramai yang mengalami kekangan waktu untuk melakukannya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Lebih banyak program akan dilaksanakan pada masa hadapan dalam usaha menarik baki 156,210 individu dalam kalangan B40 yang masih belum menjalani saringan kesihatan.- Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lebih 29,000 rakyat Melaka sertai PeKa B40 - Exco Kesihatan
Lebih banyak program akan dilaksanakan untuk menarik 156,210 individu dalam kalangan B40 yang masih belum jalani saringan kesihatan.

ProtectHealth sasar saringan kesihatan untuk 11,818 warga Pulau Pinang tahun ini
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menyasarkan untuk menjalankan saringan kesihatan kepada 11,818 orang di Pulau Pinang di bawah programnya Skim Peduli Kesihatan untuk Golongan B40 (PeKa B40).

Laporan PeKa B40 kesan tiga NCD tertinggi dalam kumpulan B40
Tiga NCD tersebut masing-masing darah tinggi sebanyak 29.8 peratus, kolestrol tinggi 29.2 peratus serta diabetes 19.8 peratus.

PeKa B40: Dari 4.9 juta penduduk yang layak, hanya 561,990 yang jalani saringan - Khairy
Sikap endah tidak endah sebilangan besar masyarakat B40 dalam aspek penjagaan kesihatan agak merisaukan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.