GEORGE TOWN: ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menyasarkan untuk menjalankan saringan kesihatan kepada 11,818 orang di Pulau Pinang di bawah programnya Skim Peduli Kesihatan untuk Golongan B40 (PeKa B40) untuk tahun ini.
ProtectHealth menerusi kenyataan berkata sasaran itu akan menyumbang kepada sasaran nasional tahun ini, iaitu menyaring sekurang-kurangnya 200,000 orang di bawah skim tersebut berbanding 101,673 saringan yang dilaksanakan tahun lepas.
Bagi mencapai matlamat itu, ProtectHealth menggesa penduduk Pulau Pinang yang layak dalam kumpulan B40 untuk memanfaatkan Skim PeKa B40 yang membolehkan mereka menjalani saringan kesihatan percuma dan menikmati faedah kesihatan lain termasuk Bantuan Kesihatan (HA), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (CCTI) dan Insentif Pengangkutan (TI).
Ketua pegawai eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa dan beliau menggalakkan mereka yang layak untuk Skim PeKA B40 supaya pergi ke klinik berdekatan dan menjalani saringan kesihatan percuma.
"Apa yang boleh kita pelajari daripada pandemik ialah mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit (NCD) berdepan kesan yang teruk akibat COVID-19.
"Oleh sebab itu, ia sangat penting untuk melakukan saringan awal dan mempunyai perubahan penetapan minda dalam mencapai kecelikan kesihatan yang lebih baik dan peningkatan kesedaran.
"Tambahan pula, negara kini dalam fasa peralihan ke endemik dan tiada yang menghalang warga Pulau Pinang daripada menjalani saringan memandangkan semua kemudahan telah disediakan," tambahnya.
Setakat ini, Skim PeKa B40 disokong oleh 177 orang pengamal perubatan, 27 Klinik Kesihatan, lapan hospital kerajaan dan 15 makmal patologi di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
![ProtectHealth sasar saringan kesihatan untuk 11,818 warga Pulau Pinang tahun ini ProtectHealth sasar saringan kesihatan untuk 11,818 warga Pulau Pinang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655821226_ProtectHealth.jpg)
ProtectHealth menggesa penduduk Pulau Pinang yang layak dalam kumpulan B40 untuk memanfaatkan Skim PeKa B40.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709193948_TBDRDZULKEFLYjp.jpg)
Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini
Dengan anggaran perbelanjaan ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, dijangka habis digunakan menjelang April ini.
![Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709007835_TBSkimPerubatan.jpg)
Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja
Skim Perubatan Madani hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih dan penerima tertentu sahaja berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024.
![Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648217144_PusatVaksinasiDewa.jpg)
Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.
![ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40 ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648046424_AnasAlamFaizli.jpg)
ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40
Sehingga kini hanya 567,956 orang daripada kumpulan B40 telah menyertai dalam program itu.
![COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19 COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644284480_dospenggalaksaraw.jpg)
COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.
![PICKids: PPS bawah ProtectHealth bersedia, lebih 28 PPV offsite beroperasi mulai 5 Feb PICKids: PPS bawah ProtectHealth bersedia, lebih 28 PPV offsite beroperasi mulai 5 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643885844_TBProtectHealth.jpg)
PICKids: PPS bawah ProtectHealth bersedia, lebih 28 PPV offsite beroperasi mulai 5 Feb
Inisiatif untuk memastikan PPS di bawah ProtectHealth dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam menjayakan PICKids yang bermula di Lembah Klang.
![ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643607362_Protecthealth.jpg)
ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta
ProtectHealth akan memastikan bahawa semua PPV di bawah ProtectHealth, termasuk PPV Integrasi, PPV Offsite dan PPV Hospital Swasta terpilih akan bersedia sepenuhnya.
![ProtectHealth terima dua anugerah berprestij ProtectHealth terima dua anugerah berprestij](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639388296_anugerahprotect.jpg)
ProtectHealth terima dua anugerah berprestij
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) terpilih untuk menerima dua anugerah.
![ProtectHealth bantu perkukuh sistem kesihatan negara ProtectHealth bantu perkukuh sistem kesihatan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41638284553_DoctorGeneric.jpg)
ProtectHealth bantu perkukuh sistem kesihatan negara
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menerusi beberapa inisiatif telah tampil sebagai platform yang dilihat mampu memperkasakan lagi sistem kesihatan negara.
![Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637313432_TBVAKSIN.jpg)
Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.