KUALA LUMPUR : ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menerusi beberapa inisiatif telah tampil sebagai platform yang dilihat mampu memperkasakan lagi sistem kesihatan negara.
Menurut Pengurus PEKA B40, ProtectHealth, Dr Nor Hasanah Mardhiah Mohd Nor, ia juga merangkumi manfaat terhadap golongan B40 antaranya dari sudut bantuan kewangan untuk menampung rawatan kesihatan.
“Sehingga kini ProtectHealth telah berjaya menjalankan 544,092 saringan kesihatan di seluruh negara dan di Sarawak sahaja kita telah menyaring 70,331 penerima yang layak di bawah skim PEKA.
“Daripada 544,000 penerima yang telah disaring kita telah mengesan 36 peratus daripada mereka mempunyai salah satu penyakit yang baru dikesan.
“Selain itu kita turut memperuntukkan bantuan perkhidmatan terhadap golongan B40 dari segi peralatan perubatan dengan pertuntukan sebanyak RM20,000 bagi individu yang layak,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Nor Hasanah berpendapat, penglibatan sektor swasta bersama kerajaan perlu diperluaskan lagi sebagai usaha untuk memperkukuh sistem kesihatan negara.
Ujarnya, tindakan itu juga mampu mengurangkan kos selain gabungan beberapa pakar lain dapat dibentuk melibatkan kerjasama antara kedua-dua sektor tersebut.
Hilmi Malik
Tue Nov 30 2021

Dr Nor Hasanah berpendapat, penglibatan sektor swasta bersama kerajaan perlu diperluaskan lagi sebagai usaha untuk memperkukuh sistem kesihatan negara. - Gambar hiasan

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini
Dengan anggaran perbelanjaan ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, dijangka habis digunakan menjelang April ini.

Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja
Skim Perubatan Madani hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih dan penerima tertentu sahaja berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024.

Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.

ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40
Sehingga kini hanya 567,956 orang daripada kumpulan B40 telah menyertai dalam program itu.

COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.

PICKids: PPS bawah ProtectHealth bersedia, lebih 28 PPV offsite beroperasi mulai 5 Feb
Inisiatif untuk memastikan PPS di bawah ProtectHealth dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam menjayakan PICKids yang bermula di Lembah Klang.

ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta
ProtectHealth akan memastikan bahawa semua PPV di bawah ProtectHealth, termasuk PPV Integrasi, PPV Offsite dan PPV Hospital Swasta terpilih akan bersedia sepenuhnya.

ProtectHealth terima dua anugerah berprestij
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) terpilih untuk menerima dua anugerah.

ProtectHealth bantu perkukuh sistem kesihatan negara
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menerusi beberapa inisiatif telah tampil sebagai platform yang dilihat mampu memperkasakan lagi sistem kesihatan negara.

Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.