KUALA TERENGGANU: Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Terengganu sempena Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2021 yang berlangsung selama dua hari bermula 3 April di Pusat Konvensyen Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.
Inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri bersama Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu adalah bagi mengurangkan kadar pengangguran, sekali gus menstabilkan pasaran buruh negara.
Menerusi karnival itu pelbagai jawatan ditawarkan seperti jurutera, pengurus jualan, peguam, doktor gigi, juruteknik, eksekutif pemasaran, penyelia perusahaan, kru minyak dan gas, pembantu peribadi serta jawatan-jawatan yang ditawarkan menerusi program Mystep Perantis.
Selain itu karnival yang dianjurkan turut menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya, kemudahan kaunter penyediaan resume dan pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman rahman berkata, ia membabitkan 85 majikan daripada pelbagai sektor seperti minyak dan gas serta perladangan.
Justeru itu beliau menyeru kepada mereka yang meganggur untuk menukar persepsi atau sikap terlalu memilih kerja terutama sekali dalam ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Saya sangat mengharapkan rakyat negeri Terengganu mengambil peluang ini sebaik mungkin walaupun berada di ceruk negeri, datanglah ke Kuala Terengganu untuk merebut peluang yang kerajaan tawarkan.
"Selain itu kita pun telah berhubung dengan semua agensi di peringkat bawah termasuk IPKK untuk menwawarkan program ini supaya rakyat bawahan dapat datang ke sini," katanya selepas merasmikan Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2021 di Dewan Konvensyen Duyong Marina & Resort di sini hari ini.
Sementara itu Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata menerusi penganjuran karnival ini sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Katanya sektor minyak dan gas menawarkan peluang pekerjaan terbanyak iaitu 3, 998 diikuti sektor perladangan dengan 2,500 jawatan kosong.
"Karnival penjana kerjaya secara besar-besaran buat julung kalinya di negeri ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan memberangsakan daripada mereka yang mencari khususnya dalam Negeri Terengganu ini.
"Majoriti mereka berusia berusia bawah 30 tahun kategori usia sedemikian graduan lepasan universiti ataupun mereka yang sedang menganggur di mana mereka layak mendapat manfaat daripada program perintisan dibawah penjana kerjaya," katanya.
Sementara itu beberapa graduan yang ditemui berkata Karnival penjana kerjaya ini membuka ruang dan peluang untuk mereka mendapat pekerjaan.
"Karnival ini sangat bagus kerana memberi peluang terutamanya pada rakyat Terengganu untuk mencari pekerjaan terutama dalam keadaan pandemik sekarang ini susah untuk mencari pekerjaan. Bila ada penganjuran karnival ini sekali gus memberi peluang kepada mereka merebut peluang keemasan ini.
"Program seperti ini sangat bagus kerana memberi peluang daripada syarikat-syarikat yang ada dan saya rasa kadar pengangguran juga akan berkuranglah dengan adanya karnival seperti ini," katanya lagi.
Nur Fazlizai Ali
Sat Apr 03 2021
![Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Terengganu Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617445476_TBPENJANATGANU.jpg)
Lebih 11,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Terengganu sempena Karnival Penjana Kerjaya Terengganu 2021 yang berlangsung selama dua haro bermula 3 April. - Astro AWANI
![Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993469_RON.jpg)
Harga petrol, diesel kekal hingga 24 Julai
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719313677_MohdFaidzSanusi.jpg)
Lebih 1,700 peluang pekerjaan ditawar sepanjang Program MADANI Rakyat Zon Timur
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur yang akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan di sini pada 5 hingga 7 Julai depan menawarkan 'pelbagai tarikan' termasuklah tawaran lebih 1,700 peluang pekerjaan.
![MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717555720_MajlisAmanahRakyat.jpg)
MARA lahirkan lebih 60,000 usahawan, cipta 68,000 peluang pekerjaan
MARA menyediakan ekosistem keusahawan yang lengkap merangkumi pelbagai pembangunan antaranya modal insan dan kemudahan sokongan.
![Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716551542_banduan.jpg)
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Katanya, ada bekas banduan kembali ke penjara kerana tidak diberikan peluang kedua oleh masyarakat dan ini tidak sewajarnya berlaku.
![KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000 KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714046033_StevenSimCheeKeon.jpg)
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
![Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713951174_TBZAFRUL.jpg)
Pusat data membentuk sebahagian besar daripada pelaburan digital dilulus berjumlah RM144.7 bilion
Pada 2021 pelaburan dilulus dalam pusat data berjumlah RM3.4 billion, RM80.8 bilion pada 2022 dan RM60.5 bilion tahun lepas.
![GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706090403_TBHAJIJIPLEDGE.jpg)
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
![Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023 Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692253502_TBsingapore.jpg)
Singapura wujudkan 88,400 pekerjaan baharu pada 2023
Jumlah pekerjaan di Singapura meningkat 88,400 pada 2023 membabitkan 83,500 bagi bukan pemastautin dan 4,900 bagi penduduk.
![Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708291584_TBmadani.jpg)
Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3 peratus tahun ini - Fahmi
Malaysia catat pertumbuhan KDNK tiga peratus pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.
![ECRL: Peluang pekerja tempatan timba pengalaman, teroka kemahiran baharu ECRL: Peluang pekerja tempatan timba pengalaman, teroka kemahiran baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704937311_TBECRL.jpg)
ECRL: Peluang pekerja tempatan timba pengalaman, teroka kemahiran baharu
Gunaseelan menganggap ia sebagai peluang keemasannya untuk menerima pengalaman baharu setelah 15 tahun terlibat dalam bidang kimpalan.
![Saarani saran anak Perak rebut peluang kerja tersedia depan mata Saarani saran anak Perak rebut peluang kerja tersedia depan mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703299550_TBSaaraniMohamad.jpg)
Saarani saran anak Perak rebut peluang kerja tersedia depan mata
Katanya, pada masa ini permintaan terhadap graduan TVET untuk memenuhi keperluan pekerja berkemahiran tinggi semakin meningkat.