PUTRAJAYA: Lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 anjuran sulung Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata segelintir orang awam juga telah mula berkumpul selepas waktu Maghrib semalam kerana teruja untuk melihat sendiri acara gilang-gemilang itu.
"Ada yang datang dari Kedah, Perak dan jauh lagi untuk melihat sendiri sambutan besar-besaran ini. Ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama kami dengan pasukan yang bertungkus-lumus sejak bulan Februari," katanya pada sidang media selepas sambutan itu di Pusat Media di sini hari ini.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 menzahirkan rasa puas hati dengan kejayaan penganjuran sambutan kemerdekaan negara tahun ini khususnya kelancaran persembahan tarian, perarakan, perbarisan dan pertunjukan udara.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan tenaga dan idea dalam menjayakan perarakan sambutan bersejarah berkenaan.
Fahmi juga menyifatkan keperibadian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyantuni rakyat sejurus acara sambutan selesai sebagai kenangan paling indah buat dirinya serta pengunjung yang hadir.
"Saya bersama pihak urusetia menjunjung kasih ke atas Seri Paduka Baginda berdua kerana mencemar duli bertemu rakyat selepas acara sambutan walaupun tiada dalam senarai (atur cara)," kata beliau.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman serta mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.
Sementara itu, Fahmi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Kuching, Sarawak.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", sambutan melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.
Perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Antara mengunjung yang hadir menyaksikan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 yang bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan" di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.