Keasyikan pelanggan melayani urutan berahi wanita warga asing terbantut apabila premis di Taman Desawan, di sini, diserbu dalam Ops Noda, awal pagi tadi.
Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hasil maklumat dan risikan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata seramai enam wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an membabitkan penjaga premis dan tukang urut ditahan.
“Semakan mendapati seorang daripada mereka adalah warga tempatan manakala selebihnya melibatkan warga Indonesia dan Vietnam.
“Pemeriksaan menemui tisu dan tuala yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral,” katanya.
Beliau mendedahkan bayaran untuk setiap kali urutan adalah lingkungan RM50 hingga RM100 bergantung kepada pakej yang diberikan.
Malah, bagi mengelakkan premis yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV) ini mudah diserbu pihak berkuasa, terdapat tiga lapisan pintu besi yang dikunci dari dalam selain mempunyai laluan rahsia untuk melarikan diri.
“Kita terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba dari Balai Andalas untuk membuka pintu besi itu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen.
Sinar Harian
Fri Jun 22 2018
Seramai enam wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an membabitkan penjaga premis dan tukang urut ditahan. -Foto Sinar Harian
Lelaki terjun sungai, lari daripada polis ditemukan lemas
Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Pam akan dipasang bantu penduduk Bandar Leila
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh mengambil maklum mengenai masalah tekanan air rendah yang berlaku di Bandar Leila dan sedang merangka pelan penyelesaian.
Masalah tekanan air, penduduk rayu penyelesaian segera
Penduduk Bandar Leila di Sandakan yang berdepan masalah tekanan air rendah lebih seminggu lalu sehingga ada yang terpaksa berjaga malam dan menggunakan pam untuk mendapatkan air.
Pertimbang lebih banyak platform E-dompet mudahkan penyaluran SKAS
Kerajaan negeri Sarawak disaran mempertimbangkan lebih banyak platform e-wallet bagi menyalurkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memudahkan rakyat terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah dengan penggunaan aplikasi S Pay Global.
MOT tubuh pasukan petugas khas tangani isu kenderaan berat
Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.
Amaran ribut petir di 9 negeri termasuk Sabah & Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Sistem HS-WIM dijangka beroperasi tahun ini, mampu kesan kenderaan berat lebih muatan - Loke
Sistem High Speed - Weight in Motion (HS-WIM) yang dipasang bertujuan memantau muatan kenderaan berat secara automatik dijangka mula beroperasi suku ketiga tahun ini.
SPRM bertindak ke atas aduan rasuah dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima
Tujuh perkara telah diberi penambahbaikan dalam Piagam Pelanggan SPRM baharu yang dilancarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupakan 'Nuri Terbang Malam'
Lagu asal nyanyian Qasim itu dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903.
GRO 'gred A' beri layanan istimewa dibayar hingga RM20,000
Pusat karaoke yang berselindung di bangunan pejabat dengan menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China di Jalan Raja Chulan, di sini, digempur pada Khamis.
42 'gadis kalung bunga' kena tahan
Seramai 42 wanita termasuk 40 warga Thailand serta dua masing-masing warga Indonesia dan Mynamar yang disyaki bekerja sebagai 'gadis kalung bunga' dicekup di Johor.
Polis serbu 10 rumah urut di Bukit Bintang
Polis menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
Melaka perketat peraturan, prosedur kemasukan mualaf di pusat perlindungan sementara
Kerajaan negeri akan memperketatkan peraturan serta prosedur kemasukan dan penjagaan di dua tempat penginapan sementara yang menempatkan mualaf di Melaka.
JAIPk akan teruskan operasi gempur aktiviti tidak bermoral, transgender
JAIPk akan terus melaksanakan operasi mencegah sebarang kegiatan mungkar yang melibatkan isu moral dan ia akan dilakukan secara berkala.
Penjawat awam ditahan bersama 11 wanita warga asing di rumah sewa
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu didapati tinggal bersama dan disyaki terlibat melindungi wanita tersebut.
'Jadi pelacur demi kekasih'
Siasatan mendapati wanita itu terjebak dalam dunia pelacuran sejak empat bulan lalu dan menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.
Layanan berahi tukang urut terbantut
Serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hasil maklumat dan risikan.
Jabatan Pendidikan Melaka siasat kes pelajar lakukan kegiatan tidak bermoral
Siasatan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa itu.