Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 45 tahun terjun ke sungai dekat Kompleks LKIM Seberang Kastam untuk melarikan diri daripada serbuan polis.
- Lelaki itu ditemukan mati lemas pada pagi berikutnya oleh pasukan skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan pada 10.25 pagi tidak jauh dari lokasi kali terakhir dia dilihat.
"Lelaki itu yang berada di atas sebuah bot nelayan di tepi jeti bertindak terjun ke sungai sebaik menyedari kehadiran anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut yang melakukan operasi di kawasan itu kira-kira 7.45 malam.
"Orang awam yang berada di kawasan itu cuba memberi bantuan, namun gagal lalu operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan pada 8.30 malam.
"SAR kemudian disambung pagi tadi dan mayat berkenaan dijumpai di dasar sungai oleh anggota skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
-- BERNAMA