Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, operasi diteruskan bermula jam 8 pagi tadi dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui bilik kawalan BBP Pendang berhubung seorang mangsa dikhuatiri lemas di dalam sungai pada Ahad jam 7.16 malam.
“Sebaik tiba di lokasi anggota menemui sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai berkenaan.
“Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian memaklumkan, mangsa adalah remaja lelaki berusia anggaran 17 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah agama,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Muhammad Ezzat Emran berkata, tindakan penyelamatan dilakukan dengan membuat pencarian di permukaan air dan penyelaman oleh Pasukan PPDA di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)