KUCHING: Pembinaan dan naik taraf jalan raya menghubungkan Buduk Nur, Ba’ Kelalan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ba’ Kelalan, Baru Bian berkata laluan tersebut kini berada dalam keadaan yang sangat berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan.
Jelasnya, peruntukan RM80 juta yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Oktober tahun lalu telah merangkumi laluan tersebut sebagai sebahagian Projek Sabah-Sarawak Link Road (SSLR).
“Peruntukan tersebut telah diumumkan penghujung Oktober tahun lalu dan telah diluluskan untuk membina sebahagian jalan tersebut daripada Long Lupeng yang akan digabungkan dengan SSLR.
“Beliau (Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan) mengambil maklum bahawa Ba’ Kelalan merupakan kawasan yang strategik, terletak di antara sempadan negara yang berpotensi untuk meningkatkan aspek pasaran produk pertanian dan eko-pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu menegaskan jalan tersebut bakal memudahkan penyaluran bekalan elektrik dan air bersih ke pedalaman serta kawasan setempat termasuk pembinaan menara telekomunikasi.
“Projek ini perlu dilaksanakan segera tanpa dilengahkan, sementara Ahli Parlimen Lawas juga perlu mengutarakan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kerja Raya.
“Laluan ini sangat penting menjelang pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin Sarawak (CIQS) di hujung jalan hampir dengan sempadan Indonesia, sementara projek CIQS itu juga dianggap sebagai projek sakit yang memerlukan perhatian sewajarnya,” ujarnya.
Tambah Baru, penduduk Puneng Kelalan menggunakan laluan berkenaan setiap hari dan mengganggu aktiviti harian termasuk merosakkan kenderaan mereka.
“Sekarang ini Ahli Parlimen Lawas dan Menteri Kerja Raya sekarang berada bersama Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah tulang belakang kepada kerajaan negeri.
“Semestinya isu ini boleh diselesaikan terutama selepas projek pembinaan sebahagian laluan ini telah diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Lawas ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Menteri di persekutuan,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Jan 12 2023
Keadaan jalan raya yang tidak berturap dan berselut menghubungkan Buduk Nur, Ba Kelalan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia menyukarkan kenderaan untuk melaluinya. - Foto Baru Bian
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?