KUCHING: Tindakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Malah, ia turut mempamerkan bahawa parti kerajaan negeri itu lebih mementingkan kelangsungan politik berbanding nyawa rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan, Baru Bian menegaskan bahawa PRN12 harus diadakan selepas Proklamasi Darurat tamat pada 2 Februari depan.
“Untuk mengadakan PRN12 ketika kes COVID-19 masih tinggi di Sarawak hanya membuktikan bahawa pemimpin GPS ini pentingkan politik daripada nyawa rakyat, kita (Sarawak) belum bersedia untuk pilihan raya.
“Jika mahu mengadakan juga dalam tempoh beberapa bulan akan datang, peratusan rakyat turun mengundi akan kurang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkata tindakan itu juga jelas menunjukkan bahawa GPS mahu mengelak daripada pelaksanaan Undi18.
Tambahnya, jika GPS yakin dengan kemampuan untuk mengekalkan kemenangan pada PRN12, mereka harus menunggu sehingga darurat ditamatkan.
“Kenapa tidak menanti sehingga (darurat tamat) Februari tahun depan, kalau anda (GPS) yakin dengan peluang (untuk menang).
“Jika mereka fikir telah melakukan yang terbaik untuk penggal ini, mereka tidak perlu risau untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.
Sebelum ini Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar tidak memperkenankan pilihan raya negeri Sarawak diadakan dalam masa terdekat sehingga proklamasi darurat diangkat.
Untuk rekod, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah berakhir pada 6 Jun lalu bagaimanapun PRN12 ditangguhkan susulan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sehingga 2 Februari tahun depan.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataannya berkata pilihan raya negeri boleh diadakan dalam tempoh darurat sekiranya telah mendapat perkenan Baginda selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri atas nasihat ketua menteri.
Shafik Ahmad
Wed Oct 20 2021

Baru Bian menegaskan bahawa PRN12 harus diadakan selepas Proklamasi Darurat tamat pada 2 Februari depan. - Gambar fail

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.
Malaysia perlu wujud rangka kerja formal, lindungi pelarian Rohingya
Malaysia disaran untuk membangunkan satu rangka kerja formal bagi melindungi pelarian Rohingya di negara ini.

PRN Sarawak: 'Saya serba salah, kalau teruskan orang kata ...' - Abang Jo
Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak masih belum terjawab susulan belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada Ketua Menteri Sarawak.

Bukan lagi rahsia, PRN Sarawak berlangsung tidak lama lagi - Abdul Karim
Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dalam masa terdekat bukan lagi satu rahsia, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

DUN Sarawak: Status ADUN kekal
Susulan lanjutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, wakil rakyat akan kekal sebagai ahli sehingga ia dibubarkan.

Sarawak tiada pilihan bubar DUN, adakan PRN12
Sarawak tidak mempunyai pilihan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun tempoh matang DUN Sarawak berakhir pada Jun 2021.