KUCHING: Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun di kerusi DUN Tamin dan bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mempertahankan kerusi DUN Ba'kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu iaitu pada PRN 2011 dan 2016.

Selain itu, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak merangkap Menteri Kewangan Kedua akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya di bawah Barisan Nasional (BN) sejak 1991.

Bekas Menteri Muda Utiliti dan Pertanian Awam Sarawak Datuk Sylvester Entri Muran akan bertanding di kerusi DUN Marudi, kawasan yang pernah beliau wakili di bawah BN.

Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat pula akan bertanding di DUN Balai Ringin

PSB turut menyenaraikan beberapa bekas ADUN untuk bertanding di kawasan yang pernah mereka wakili iaitu Datuk Ranum Mina di DUN Opar, See Chee How (Batu Lintang) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili).

Bekas Ahli Parlimen Lubuk Antu Datuk William@Nyallau Badak pula akan bertanding di DUN Batang Air dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Stanley Ajang Batok bertanding di DUN Murum.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 14 Dis dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis.



Berikut adalah senarai nama calon PSB yang diumumkan:


  1. Opar - Datuk Ranum Mina

  2. Tasik Biru - Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe

  3. Pantai Damai - Mahmud Sabli

  4. Demak Laut - Yatika Jelani

  5. Pending - Tan Kay Hok

  6. Batu Lintang - See Chee How

  7. Kota Sentosa - Datuk Dr Lau Pang Heng

  8. Batu Kitang - Liu Thiang Leong

  9. Asajaya - Ishak Buji

  10. Muara Tuang - Yakup Khalid

  11. Stakan - George Young Si Ricord Junior

  12. Serembu - Iana Akam

  13. Mambong - Sanjan Daik

  14. Tarat - Dadi @Tiap Juul

  15. Tebedu - Cheyne Kambeng@ Raymond Achen

  16. Kedup - Dominic Dado Segin

  17. Bukit Semuja - Elsiy Tingang

  18. Sadong Jaya - Nur Khairunisa Abdullah

  19. Simunjan - Raily @Reli Ali

  20. Gedong - Mohamad Sofian Fariz Sharbini

  21. Lingga - Datuk Wan Abdillah Endruce Wan Abdul Rahman

  22. Balai Ringin - Datuk Masir Kujat

  23. Bukit Begunan - Norina Umoi Utot

  24. Simanggang - Walsin @Wilson Entabang

  25. Engkelili - Dr Johnical Rayong Ngipa

  26. Batang Air -Datuk William @Nyallau Badak

  27. Saribas - Melainie Bolhassan

  28. Layar - Isik Utau

  29. Bukit Saban - Andria Dundang @Andria Gelayan

  30. Kalaka - John Antau Linggang

  31. Krian - Musa Dinggat

  32. Kabong - Wan Mohamad Madehi Wan Ali

  33. Semop - Abdul Rafidin Majidi

  34. Meradong - Hii Ru Yee

  35. Pakan - Hereward Gramong Joseph Allen

  36. Meluan - Elly Lawai Ngalai

  37. Ngemah - Dr Joseph Jawa Kendawang

  38. Machan - Madang Dimbab

  39. Bukit Assek - Ting Kee Nguan

  40. Dudong - Wong Hie Ping

  41. Bawang Assan - Datuk Seri Wong Soon Koh

  42. Pelawan - Dr Low Chong Nguan

  43. Nangka - Intanurazean Wan Sapuan Daud

  44. Tellian - Sait Junaidi

  45. Balingian - Yusuf Abdul Rahman

  46. Tamin - Datuk Joseph Entulu Belaun

  47. Kakus - Peter Tuan

  48. Pelagus - Datuk Kristoffer Nyuak Bajok

  49. Katibas - Robertson Mawa Luat

  50. Bukit Goram - Robert Segie

  51. Baleh - Koh Kumbong

  52. Belaga - Henry Usat Bit

  53. Murum - Standley Ajang Batok

  54. Jepak - Dr Raba'ah Tudin

  55. Tanjong Batu - Tang Eng Hui

  56. Kemena - Dr Bernard Tahim Bael

  57. Samalaju - Reggie Suel

  58. Bekenu - Abu Bakar Amit

  59. Lambir - Lila Mohamad

  60. Piasau - Teo Jia Jun

  61. Pujut - Bruce Chai Khim Cheong

  62. Senadin - Lee Tze Ha

  63. Marudi - Datuk Sylvester Entri Muran

  64. Telang Usan - Jau Jok@Jenggo

  65. Mulu - Dr Son Radu

  66. Bukit Kota - Rosli Amat

  67. Batu Danau - Ali Adap

  68. Ba'kelalan - Baru Bian

  69. Bukit Sari - Alias Mail



-- BERNAMA