SIBU: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang buat pertama kali bertanding atas nama gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) bulan lepas, memberi gambaran jelas bahawa rakyat Sarawak tidak mahu negeri itu diperintah parti lain, selain GPS.
GPS yang dianggotai empat komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progressif (PDP) berjaya memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Menurut Naib Presiden PBB Annuar Rapaee, rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak dan seterusnya berupaya membangunkan lagi negeri ini dengan lebih pesat.
"PRN lepas menunjukkan rakyat Sarawak tidak mahu parti lain selain GPS untuk memerintah Sarawak," katanya semasa berucap pada majlis kesyukuran PBB Cawangan Nangka di sini, malam semalam.
Beliau berkata, kejayaan GPS memenangi 76 kerusi daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan itu merupakan rekod paling besar pernah dicapai dalam sejarah politik Sarawak.
Sementara itu, menyentuh kejayaan beliau memperoleh majoriti lebih 10,000 undi, Dr Annuar yang juga Anggota DUN Nangka berkata kemenangan besar itu adalah hasil kerja keras semua anggota PBB Nangka sepanjang tempoh lima tahun lepas.
Katanya kemenangan itu merupakan mandat besar diamanahkan pengundi yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
"Jangan disebabkan kemenangan besar ini, kita menjadi angkuh dan jangan dengan kemenangan besar ini kita menyisih musuh-musuh kita dahulu. Kalau boleh kita rapatkan saf, ajak mereka kembali kepada perjuangan sebenar," tambahnya.
Katanya PBB sentiasa membuka peluang kepada anak-anak muda di kawasan DUN Nangka untuk menyertai politik melalui parti itu dan mengajak seluruh masyarakat Sibu bersama-sama PBB bagi memperkukuh serta memperkasakan parti itu di Sibu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022

Annuar berkata, rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak dan seterusnya berupaya membangunkan lagi negeri ini dengan lebih pesat. - Gambar fail

Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.

FAM jawab kenyataan Fandi Ahmad, pengadil buat keputusan tepat
FAM mempertahankan keputusan pengadil sewaktu Sri Pahang bertemu JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa lalu.
Drama cetus fenomena labuh tirai malam ini
Setelah 35 episod bersiaran, drama fenomena yang berjaya menggegarkan Malaysia hingga ke Indonesia, Andai Tiada Dia, bakal melabuhkan tirainya pada malam ini. #AWANInews
Menteri Luar Israel dakwa presiden Ireland penipu
Menteri Luar Israel, Gideon Saar, menyifatkan Presiden Ireland, Michael Higgins, sebagai penipu dan antisemitik susulan kenyataan kritikal Higgins terhadap Israel.
Menerusi hantaran di X, Saar mendakwa Higgins membuat tuduhan melampau dengan memfitnah Israel melanggar kedaulatan tiga negara jirannya, iaitu Lubnan, Syria, serta mendakwa Israel bercadang untuk mewujudkan penempatan di Mesir.
Menerusi hantaran di X, Saar mendakwa Higgins membuat tuduhan melampau dengan memfitnah Israel melanggar kedaulatan tiga negara jirannya, iaitu Lubnan, Syria, serta mendakwa Israel bercadang untuk mewujudkan penempatan di Mesir.
Penangguhan misi pulang ke Bumi, satu keputusan yang sukar
Keputusan penangguhan misi membawa pulang dua angkasawan Amerika Syarikat Suni Williams dan Butch Wilmore ke Bumi merupakan satu keputusan yang sukar dicapai dan merupakan satu situasi luar biasa, kata Pengarah Institut Angkasa Universiti Arizona, Erika Hamden.
Rosmah lepas, bebas 17 tuduhan ubah wang haram, elak cukai
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). #AWANInews
Tuduh menuduh dipercayai punca seorang penuntut dipukul
Tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam di Terengganu dipukul secara bergilir-gilir.

RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
DBP terjemah karya penyair agung Turkmenistan dalam bahasa Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam usaha memperkukuhkan hubungan budaya dan kerjasama dengan Turkenistan, Malaysia menerusi Dewan Bahasa Malaysia (DBP)

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.

Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.

Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.

PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.

Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.

PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.

PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.