BINTULU: Dalam tempoh empat hari sejak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak bermula, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, 54, sudah mendapat gambaran tentang apa yang beliau mahu lakukan di kawasan DUN itu jika terpilih menjadi wakil rakyatnya.
Mesra dengan panggilan Es, anak jati Bintulu yang berasal dari Kampung Sebiew dalam DUN Jepak menampakkan keterujaannya ketika menceritakan perancangannya yang bagi beliau, boleh dicapai khususnya untuk manfaat golongan belia.
"Berdasarkan pengalaman, saya biasanya apabila melaksanakan program outreach akan mulakan macam program pencegahan dan saya adunkan mengikut keperluan," kata bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak itu kepada Bernama pada Selasa.
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini yang diadakan setelah penyandangnya untuk hampir enam penggal, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia 15 Sept lepas.
Dua pesaing Iskandar dalam PRK ini adalah Stevenson Sumbang dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Chieng Lea Phing mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi). Pengundian PRK Jepak ditetapkan pada 4 Nov ini.
Menyedari kedudukan Jepak sebagai sebahagian daripada Bandar Bintulu yang terkenal sebagai nadi industri petrokimia dan tenaga negara, Iskandar berkata pembangunan pesat yang berlaku perlu diimbangi dengan aktiviti dan fasiliti rekreasi yang mencukupi.
Menurutnya keperluan riadah ini perlu terutamanya bagi golongan muda untuk mengisi masa santai mereka sebagai antara langkah asas mengurangkan masalah sosial di sini.
"Satu daripada cara ialah kita perbanyakkan program supaya masa santai golongan belia dipenuhi dengan elemen-elemen positif. Kita cuba mewujudkan suasana perlindungan dalam golongan remaja dan belia," katanya.
Beliau berkata satu lagi perancangannya adalah untuk membangunkan pangkalan data bagi mengumpul input pencapaian akademik para belia di kawasan itu bagi membolehkan mereka menjadi modal insan yang bersesuaian dengan keperluan pembangunan.
"Kita akan buat outreach...kumpulkan mereka (belia) dan buat pemadanan kemahiran dengan agensi-agensi yang menawarkan kemahiran supaya mereka akan mendapat pentauliahan," katanya.
Iskandar berkata proses pemadanan ini akan membolehkan para belia untuk menjalani latihan lanjutan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan seterusnya kebolehpasaran mereka.
Dalam pada itu, beliau berkata dasar ekonomi digital kerajaan Sarawak yang dimulakan oleh Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak 2017 membuka ruang bagi golongan muda di kawasan Jepak untuk meneroka bidang baharu yang tidak memerlukan banyak fasiliti fizikal.
Beliau berkata golongan muda ini mudah melengkapi diri mereka dari segi pengetahuan digital yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan perisian mahupun aplikasi bagi permainan digital, perniagaan pesan hantar dan sebagainya.
Turut menjadi agenda perancangannya untuk mempromosikan lagi aktiviti e-sukan yang kini diakui sebagai satu aktiviti yang semakin diminati generasi muda sehingga mampu menghasilkan pendapatan yang tinggi.
"Di Sarawak kita memang sudah ada pemain e-sukan dan saya akan panggil mereka ni sebagai pendorong yang boleh membimbing para belia menjadi pemain sepenuh masa yang boleh mendatangkan pendapatan," katanya.
Berpegang kepada falsafah bekerja sebagai satu ibadah, Iskandar berkata adalah menjadi harapannya untuk melihat para belia di Jepak menjadi modal insan bertaraf antarabangsa, mengutamakan keberhasilan kerja yang ikhlas berbanding ganjaran wang ringgit semata-mata.
"Saya hendak DUN Jepak bukan saja dikenali dengan pembangunannya tapi melahirkan modal insan yang mampu memberikan nilai tambah kepada produk-produk unik seperti belacan atau hasil laut yang boleh dipasarkan," katanya.
Beliau juga bercadang untuk mewujudkan pusat perniagaan produk tempatan yang menyamai konsep Pasar Minggu Satok di Kuching bagi membolehkan penduduk kampung dan rumah panjang di kawasan DUN Jepak untuk memasarkan produk mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini yang diadakan setelah penyandangnya untuk hampir enam penggal, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia 15 Sept lepas. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ferrari tidak lagi tawarkan sistem navigasi GPS dalam kenderaan
Keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan.

Kereta 'sangkut' di jambatan gantung gara-gara GPS
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

GPS kekal kuasai DUN Jepak
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu.

Hari pengundian PRK Jepak ibarat duduki 'peperiksaan' - Calon GPS
Iskandar Turkee menyifatkan hari pengundian pada 4 Nov ini ibarat menduduki peperiksaan kenaikan pangkat sewaktu dalam perkhidmatan awam.

PRK Jepak: Manifesto GPS tawar 14 aku janji
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini melancarkan manifestonya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

GPS tak mungkin capai kekuatan sekarang tanpa perpaduan ahli
GPS tidak mungkin dapat mencapai kekuatan politik yang dikecapinya sekarang, jika ahlinya gagal memupuk perpaduan dalam kalangan mereka.

Iskandar sudah tahu apa perlu dilakukan di Jepak
Iskandar menjadi pilihan GPS sebagai calon untuk mengekalkan kerusi DUN Jepak dalam PRK ini.

PRK Jepak: BN sedia bantu GPS jika diminta - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak sekiranya diminta berbuat demikian.

PRN: Menteri, Timbalan Menteri GPS akan bantu calon Kerajaan Perpaduan - Abang Jo
Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keputusan itu dipersetujui susulan mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu malam ini.