LABUAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tiga daripada projek tersebut, bernilai RM114 juta, kini dalam peringkat awal dan proses perolehan bagi projek-projek ini dijangka selesai sebelum akhir tahun ini.
"Tiga projek tambahan dengan nilai gabungan RM24 juta dijadual untuk pelaksanaan tahun ini...ia termasuk pembinaan blok baharu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara, pembinaan penggantian dan bangunan tambahan di SMK Labuan dan pembinaan bangunan tambahan untuk prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Patau-Patau.
"Selain itu, projek membabitkan pembinaan blok bangunan dan kerja-kerja menaik taraf Kolej Matrikulasi Labuan yang juga bernilai RM24 juta telah berjaya disiapkan pada Mac 2024," katanya pada majlis penyerahan projek Kolej Vokasional Labuan (LVC) hari ini.
Beliau menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan mengutamakan projek pembangunan berdasarkan kesegeraan dengan tujuan menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk pelajar di Labuan.
"Kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi banyak manfaat kepada persekitaran pendidikan di sini," katanya.
Nanta Linggi turut memberi jaminan bahawa kementeriannya bersama Jabatan Kerja Raya Labuan komited untuk membimbing KPM dalam melaksanakan program pembangunan yang meningkatkan ekosistem pendidikan negara dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.
"Menteri Kerja Raya mengakui cabaran yang dihadapi oleh pihak kontraktor dalam mendapatkan bahan binaan tempatan dan selalunya memerlukan sumber dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia," katanya.
Terdahulu beliau berkata projek LVC yang bermula 15 Disember 2019 telah siap pada 20 Mac 2024.
"Walaupun menghadapi kesukaran mendapatkan bahan binaan dan sekatan pergerakan akibat COVID-19, kontraktor berjaya menyiapkan projek itu," tambahnya.
Nanta berkata kemudahan baharu di LVC termasuk blok tambahan untuk bengkel seni kulinari, bengkel teknologi elektrik untuk voltan rendah dan tinggi, bengkel kimpalan, bengkel industri mesin dan bengkel automotif.
"Projek ini merupakan satu peristiwa penting bagi masyarakat setempat, mencerminkan usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan vokasional serta meningkatkan bilangan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
![Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717763456_AlexanderNantaLing.jpg)
Nanta (dua, kiri) menyerahkan replika kunci kepada Wong Kah Woh (tiga, kanan) pada Majlis Penyerahan Projek Kolej Vokasional Labuan hari ini. - Gambar Bernama
9 rangka manusia dipercayai tentera Jepun ditemukan
Usaha bersama antara Indonesia dan Jepun berjaya menemukan sembilan rangka manusia yang dipercayai tentera Jepun ketika Perang Dunia II di daerah Biak Numfor, Papua.
Lima maut, 20 cedera letupan gudang mercun di Filipina
Lima maut manakala 20 individu lagi cedera selepas sebuah gudang mercun di bandar Zamboanga di selatan Filipina meletup sehingga meranapkan bangunan itu, pada Sabtu.
![PRK Nenggiri: Calon UMNO disenarai pendek, tunggu pengesahan Biro Politik PRK Nenggiri: Calon UMNO disenarai pendek, tunggu pengesahan Biro Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719739588_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Calon UMNO disenarai pendek, tunggu pengesahan Biro Politik
UMNO telah menyenarai pendek beberapa calon untuk diketengahkan sebagai wakil parti itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.
GK Bio beri keceriaan kepada warga emas, tingkat kesedaran kesihatan
GK Bio International Sdn. Bhd. (GK Bio), berkongsi kegembiraan bersama warga emas Rumah Seri Kenangan Cheras menerusi sumbangan bekalan makanan, keperluan asas dan suplemen kesihatan.
Karnival kebudayaan kukuh jenama pembina rumah mampu milik
ATH Group Holding Sdn Bhd sebagai pakar pembinaan rumah di atas tanah sendiri bermatlamat untuk membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman idaman dengan lebih mudah.
![Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719743045_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan jamin pelajar cemerlang SPM dapat tempat lanjut pengajian
Kerajaan memutuskan semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 10A dan ke atas akan mendapat tempat di peringkat matrikulasi.
[TERKINI] Majlis Penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir majlis penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024
![MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719741420_DrZulkafperiHanaf.jpg)
MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bas bawa pelancong mungkin tak diselenggara dengan baik - MOTAC
Datuk Seri Tiong King Sing dimaklumkan oleh pelancong China bahawa bas yang membawa mereka telah ditukar sebanyak tiga kali.
![Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719670940_TBUnggah.jpg)
Sarawak mahu lebih ramai kontraktor Bumiputera kelas lebih tinggi - Uggah
Kerajaan bukan setakat mahu melihat lebih ramai kontraktor Bumiputera berjaya malah pada masa sama mahu menambah bilangan mereka berdaftar dalam kelas yang lebih tinggi.
![KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM keluarkan perincian semakan semula SOP bagi COVID-19 dalam masa terdekat
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan perincian semakan semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 dalam waktu terdekat.
![Dulu jurutera, sekarang usahawan cili Dulu jurutera, sekarang usahawan cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719073622_PetaniASrinath.jpg)
Dulu jurutera, sekarang usahawan cili
Srinath tinggalkan kerjaya sebagai jurutera perisian kerana mahu beri tumpuan pada tanaman cili secara fertigasi.
![Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718882192_SITINURHIDAYAHSHA.jpg)
Bantu anak-anak istimewa autisme, fahami kekurangan mereka
Suara jeritan diikuti dengan tangisan membuatkan beberapa orang pelanggan Tong Kayu Cafe, Bayan Lepas (Pulau Pinang) berhenti makan sambil menghalakan pandangan ke arah wanita itu.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717830160_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717763456_AlexanderNantaLing.jpg)
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
![WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710051042_TBLukanismanAwangS.jpg)
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
![Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71717063170_AmirudinShari.jpg)
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717028873_BatukKokolBayi.jpg)
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.