KUALA LUMPUR: Masalah kekurangan tenaga kerja akibat impak pandemik COVID-19 mengakibatkan sektor perladangan kerugian sehingga RM20 bilion tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata antara sektor yang paling terkesan ialah perladangan kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing.
Justeru katanya, kementerian sedang membuka pendaftaran dan menentukan kuota bagi membawa masuk pekerja asing hujung bulan ini bagi memenuhi keperluan sektor itu.
"(Warga) tempatan tidak tunjuk minat walaupun hampir setahun kita cari dan peluang diberikan, (sehingga kini) masih belum menunjukkan minat dalam sektor ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, mengambil kira perubahan teknologi yang semakin rancak, kerajaan memberi penekanan kepada aspek latihan dan program pembangunan tenaga kerja.
Beliau berkata, ini bagi mewujudkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi dan kompeten serta menampung keperluan industri semasa dan keperluan masa hadapan.
"Belanjawan 2022 telah diperuntukkan Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran melalui penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion," katanya menjawab soalan S. Kesavan (PH-Sungai Siput), hari ini.
Ahli Parlimen itu ingin mengetahui visi dan dasar baharu kerajaan Malaysia berhubung latihan dan pembangunan serta tindakan yang diambil bagi memastikan usaha itu dapat dicapai mengikut kerangka masa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Antara sektor yang paling terkesan ialah perladangan kelapa sawit yang bergantung kepada tenaga buruh asing. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KESUMA akan laksana pelbagai inisiatif perkasa kemahiran pekerja - Steven Sim
KESUMA menyediakan dana berjumlah RM3 bilion untuk sektor pengurusan latihan kemahiran bagi 2025.
WeTransfer akan buang 75% kakitangan
Pengurangan tenaga kerja dilakukan bagi menjadikan pasukan WeTransfer lebih kecil dan fokus kepada produk yang dibangunkan.
Sumbangan besar wanita mampu tambah hingga RM6 bilion kepada KDNK Malaysia - Nancy
Sumbangan besar wanita dalam sektor ekonomi mampu menambah sehingga RM6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2025.
Tenaga kerja perbankan tempatan harus kuasai AI, kemahiran berkaitan untuk kekal berdaya saing - AICB
Ling berkata, adalah penting untuk tenaga kerja memberi tumpuan kepada pembelajaran berterusan, peningkatan kemahiran dan memupuk kemahiran semula.
Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.
Malaysia perlu tangani cabaran tenaga kerja bagi jayakan pelan ekonomi - Tengku Zafrul
Tanpa modal insan serta pengurusan bakat yang tepat, sukar bagi negara untuk merealisasi impian dan aspirasi menjadi sebuah negara perindustrian.
Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.
Zon Ekonomi Khas Malaysia-Singapura mampu jadi hab teknologi tinggi peringkat global
Malaysia dan Singapura mampu menarik pelaburan dalam industri komputer dan cip selain mempunyai tenaga kerja yang matang.
TVET berperanan besar kepada pembangunan negara - Zambry
Zambry berkata adalah mustahak untuk dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan memberi tumpuan khusus kepada kepentingan TVET.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).