JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memohon agar satu majlis pembangunan bakat dapat diwujudkan di negeri itu, bagi memastikan tenaga kerja yang mencukupi bagi menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penubuhan majlis berkenaan, akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri berkolaborasi dengan baik di negeri ini.
Beliau berkata perkara itu adalah bagi memudahkan urusan dilaksanakan selain memastikan bakat yang mencukupi di Johor.
"Kita mencadangkan supaya adanya satu Johor majlis pembangunan bakat yang dapat ditubuhkan dan dianggotai agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, dan kita mencadangkan biarlah Kementerian Sumber Manusia menjadi sekretariat untuk jawatankuasa tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud di sini semalam.
Onn Hafiz berkata JS-SEZ yang bakal dimeterai tidak lama lagi, akan menjadi pemangkin untuk pembangunan ekonomi negeri Johor dan mampu mencipta lebih 100,000 peluang pekerjaan.
Beliau berkata penubuhan majlis berkenaan, mampu melonjakkan Johor sebagai enjin ekonomi yang baharu dan kuasa ekonomi terpenting di negara ini, selepas Kuala Lumpur.
NTW 2024 yang berlangsung selama seminggu bermula hari ini hingga 30 Jun, merupakan minggu kesedaran latihan besar-besaran dengan penganjuran pelbagai acara dan aktiviti latihan secara percuma.
Program berkenaan menawarkan lebih daripada 25,000 kursus percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dengan sasaran sebanyak 200,000 pendaftaran.
Human Resource Development Corporation (HRD Corp), iaitu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia bersama rakan kongsinya, akan menyediakan hampir 700 program latihan termasuk pelbagai aktiviti pembelajaran dan pembangunan kepada penduduk setempat, sepanjang program tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Onn Hafiz ketika Merasmikan National Training Weeks 2024 di Kolej Universiti Selatan, Johor Bahru, 24 Jun 2024. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.

Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.