Kumpulan pertama mahasiswa dari universiti China pertama di negara ini, Universiti Xiamen Malaysia (XMUM), menamatkan pengajian mereka baru-baru ini.
Sebanyak 371 mahasiswa yang terdiri daripada 242 mahasiswa Malaysia dan 129 mahasiswa warga China menerima ijazah sarjana muda mereka pada majlis konvokesyen yang diadakan buat julung kalinya.
Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Kok Wai berkata para graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.
"XMUM merupakan 'brainchild' di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan antara Malaysia dan China.
"Sama ada di China, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China mahupun di negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut, para graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya," kata Tan dalam ucapannya pada majlis konvokesyen pertama XMUM pada Sabtu.
Dalam pada itu, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian menggesa para graduan untuk mengejar impian mereka selain menyumbang kepada pembangunan negara masing-masing, universiti dan persahabatan antara Malaysia dan China.
Bai berkata kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berminat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan membawa lebih faedah bersama.
"Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pertukaran pelajar dan pelancong antara China dan Malaysia yang semakin meningkat.
"Pada 2018, tiga juta pelancong China melawat Malaysia dan 1.29 juta rakyat Malaysia melancong ke China. Terdapat lebih 50,000 pelajar China yang belajar di Malaysia dan hampir 10,000 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke China.
"Pada masa akan datang, saya percaya angka tersebut akan meningkat," kata Bai.
Sebagai projek dalam dasar Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, XMUM digelar sebagai 'mutiara' Laluan Pendidikan Sutera.
Isabelle Leong
Sat Sep 28 2019

Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia menerima ijazah sarjana muda mereka pada majlis konvokesyen yang diadakan buat julung kalinya pada Sabtu. - Astro AWANI
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.

COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.

Bandar Malaysia akan tingkatkan keyakinan perniagaan - Tengku Zafrul
Pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.

Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.