KUALA LUMPUR:Selepas tiga tahun berkhidmat sebagai Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.
Dalam satu kenyataannya, beliau memaklumkan bahawa sepanjang tiga tahun lalu, beliau telah mengalami beberapa siri cabaran, termasuk perubahan politik di Malaysia dan wabak COVID-19.
Namun begitu, beliau menjelaskan tidak kira apa perubahan berlaku, persahabatan dan kerjasama China-Malaysia tidak terganggu.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saling kepercayaan antara kita telah ditingkatkan lagi, persahabatan kita telah berkembang merentasi pelbagai bidang yang menyumbang kepada peningkatan kualiti kerjasama.
“Hasilnya, hubungan China-Malaysia menjadi lebih kukuh. Saya amat berbesar hati kerana dapat menyaksikan, mengalami serta menyumbang kepada perkembangan tersebut,” jelas Bai Tian.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa khuatir akan perkembangan semasa dunia yang jauh daripada aman damai akibat pandemik COVID-19 dan kebangkitan dasar perlindungan, populisme dan unilateralisme yang mengancam perdagangan bebas dan globalisasi ekonomi.
“Namun, ini menegaskan lagi perlunya matlamat bersama untuk mencapai keamanan, pembangunan dan kerjasama yang memang-menang; manakala globalisasi ekonomi dan multipolarisasi dunia merupakan arus perkembangan yang tidak dapat dihalang.
“Mujur China dan Malaysia berkongsi konsensus yang meluas lagi tinggi dalam mendorong kerjasama serantau serta menjaga sistem perdagangan antarabangsa.
“Kini, China dan Malaysia adalah antara negara-negara yang bertindak terbaik dalam mengawal wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi,” tambahnya.
BACA: Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 - Muhyiddin
Beliau pada masa sama, menantikan China dan Malaysia menerokai lagi kaedah untuk memulihkan dan merangsangkan perdagangan dan pelaburan dua hala.
“Ia bagi menggalakkan interaksi antara rakyat kedua-dua negara, menstabilkan rantaian industri kerjasama serta terus mengembangkan pemacu kerjasama baharu.
“Saya yakin dan percaya, selagi kedua-dua negara bekerjasama, kita pasti boleh mengharungi apa sahaja kesusahan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan supaya keakraban, kerjasama dua hala di pelbagai sektor, hubungan diplomatik di antara Malaysia dan China yang terjalin sejak 1974 dapat diperkukuh demi kepentingan serta kesejahteraan ekonomi bersama.
Sebelum ini, Bai Tian turut melakukan kunjungan perpisahan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen pada Khamis.
Bai Tian tiba di Kuala Lumpur pada 28 November 2017 untuk bertugas sebagai Duta Besar China ke Malaysia ke-15 dan telah memegang jawatan berkenaan genap tiga tahun.
Faris Danial Razi
Fri Nov 27 2020

Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah (kanan) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duta Besar China Ke Malaysia, Bai Tian (kiri) atas peranan beliau sepanjang perkhidmatan tiga tahun di Malaysia. - facebook @chinaembmyBM

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Pulang semula ke China, Bai Tian harap persahabatan China-Malaysia kekal terjalin
Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Bai Tian pulang semula ke China selepas tamat tempoh perkhidmatan pada Jumaat.

COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.

Bandar Malaysia akan tingkatkan keyakinan perniagaan - Tengku Zafrul
Pelaburan itu juga merupakan bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dan akan memberi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

China komited bantu Malaysia perangi COVID-19 - Bai Tian
Ia membuktikan jalinan persaudaraan yang kukuh antara dua negara di mana China membalas jasa baik Malaysia yang membantu republik tersebut dalam berdepan detik gelap pada sebulan yang lalu.

Kumpulan pertama mahasiswa Universiti Xiamen Malaysia tamat pengajian
Graduan mempunyai banyak ruang untuk berjaya kerana universiti tersebut merupakan projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative) antara Malaysia dan China.

Akta Majlis Halal Negara akan diwujudkan 2019
Ketika ini terdapat 342 agensi yang berkaitan aspek halal di bawah jabatan itu, termasuk bahagian kajian, pemasaran serta teknologi dan semuanya perlu diselaraskan di bawah satu bumbung.

Pembatalan projek HSR ambil kira semua aspek - TPM
Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan untuk membuat keputusan sedemikian.

Duta China temui Robert Kuok berhubung kerjasama China-Malaysia
Pada pertemuan selama satu setengah jam itu, Bai Tian bercakap mengenai sumbangan Kuok kepada pembangunan Malaysia dan perkembangan hubungan China-Malaysia.