KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lepas.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Berikut adalah kronologi kes berkenaan:
11 Julai 2023 - Muhammad Sanusi dalam ceramah politiknya di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam mengeluarkan kenyataan yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja).
13 Julai 2023 - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kesal dan mengecam kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam urusan pemilihan Menteri Besar.
13 Julai 2023 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan satu unit khas bagi meneliti kes berkaitan dengan isu 3R yang sering dimainkan semasa tempoh kempen pilihan raya.
13 Julai 2023 - Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM membuka kertas siasatan terhadap Muhammad Sanusi mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R dalam ceramah politiknya.
13 Julai 2023 - Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli menggesa PN memohon maaf, ekoran kenyataan Muhammad Sanusi, yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
14 Julai 2023 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Muhammad Sanusi perlu bersedia berdepan kesan dan akibat daripada kelancangan ucapan beliau yang terus menyentuh isu 3R.
14 Julai 2023 - Lima ahli Dewan Diraja Selangor iaitu Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Datuk Emran Kadir membuat laporan polis terhadap Muhammad Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi diraja Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu.
15 Julai 2023 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap parti politik perlu menggunakan fakta untuk menyatakan sesuatu pandangan ketika berkempen dan bukannya dengan cara yang tidak mempunyai 'akhlak politik' walaupun berbeza pendapat.
15 Julai 2023 -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata membangkitkan isu memecah belah, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
16 Julai 2023 - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menempelak dakwaan Muhammad Sanusi bahawa kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikToknya berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun pengguna aplikasi media sosial TikTok.
17 Julai 2023 - Sultan Selangor dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Selangor Royal Office bertitah perkara berhubung kenyataan Muhammad Sanusi yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor, sebagai masih belum selesai.
18 Julai 2023 - Pegawai kepada Muhammad Sanusi iaitu Helmi Khalid menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya memaklumkan Menteri Besar Kedah itu ditahan polis di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara awal pagi tadi.
Menurut catatan kronologi dalam video yang dikongsikan itu, pintu bilik Muhammad Sanusi diketuk oleh anggota polis pada 2.30 pagi sebelum Menteri Besar Kedah berkenaan dibawa keluar dari bilik penginapannya pada 3 pagi.
Muhammad Sanusi kemudian diarah menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948.
18 Julai 2023 - Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan Muhammad Sanusi pada awal pagi tadi adalah untuk pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023

Muhammad Sanusi bercakap kepada pemberita selepas pertuduhan kesnya di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Saifuddin akui hubungan Pusat-Kedah semakin baik
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail senada dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hubungan kerajaan Persekutuan dan Kedah yang semakin baik.

Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.

Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.

Tiada kaitan politik, ia berkait kenyataan Sanusi menyentuh Sultan Selangor - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kes melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiada kaitan dengan politik.

Isu 3R: Siasatan kes Hadi, Guan Eng, Sanusi 70 peratus siap
PDRM mengesahkan siasatan terhadap Abdul Hadi, Guan Eng dan Muhammad Sanusi akan diserahkan kepada Peguam Negara minggu hadapan.

DUN Kedah secara rasmi bubar hari ini
Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran Perikatan Nasional yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan pada 17 Mei 2020.

Majlis Kewangan Negara: 'Surat untuk singkirkan saya memang wujud' - Sanusi
Muhammad Sanusi mendakwa terdapat surat daripada Kementerian Kewangan dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung cubaan menyingkirkannya daripada Majlis Kewangan Negara.

Banjir Baling: Terengganu sedia teruskan bantuan
Ahmad Samsuri berkata sebelum ini kerajaan negeri dan parti Pas negeri itu telah menyalurkan bantuan berbentuk barangan dan sumbangan wang ringgit.

Felda tunggu kerajaan negeri lulus cadangan bina rumah tambahan - Idris
Inisiatif itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan membina rumah baharu di lot sedia ada.