KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kes melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiada kaitan dengan politik.
Sebaliknya, ia menyentuh kenyataan penyandang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah berkenaan yang menyentuh Institusi Diraja Selangor.
"Pertuduhan terhadap beliau berdasarkan menghina institusi diraja. Sangat jelas... tiada kaitan dengan politik, tiada agenda politik di sebaliknya.
"Kenyataan beliau menyentuh (institusi diraja), keterlaluan dan menggugat Institusi Diraja Selangor.
"Ia bukan datang daripada saya sebagai Menteri Besar Selangor, tapi laporan datang daripada Dewan Diraja... sebuah jawatankuasa institusi yang sangat tinggi dipengerusikan oleh Sultan Selangor," katanya di sini, hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin, bertitah kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah di negeri itu, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor, sebagai masih belum selesai.
"Perkara ini masih belum selesai," titah Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office semalam.
Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lepas.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Beliau dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara - Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, 11 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Astro Awani
Tue Jul 18 2023

Amirudin (kiri) menegaskan kes melibatkan Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan politik. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Saifuddin akui hubungan Pusat-Kedah semakin baik
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail senada dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung hubungan kerajaan Persekutuan dan Kedah yang semakin baik.

Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.

Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini.

Tiada kaitan politik, ia berkait kenyataan Sanusi menyentuh Sultan Selangor - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan kes melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiada kaitan dengan politik.

Isu 3R: Siasatan kes Hadi, Guan Eng, Sanusi 70 peratus siap
PDRM mengesahkan siasatan terhadap Abdul Hadi, Guan Eng dan Muhammad Sanusi akan diserahkan kepada Peguam Negara minggu hadapan.

DUN Kedah secara rasmi bubar hari ini
Pembubaran itu sekali gus menamatkan pentadbiran Perikatan Nasional yang mengambil alih kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan pada 17 Mei 2020.

Majlis Kewangan Negara: 'Surat untuk singkirkan saya memang wujud' - Sanusi
Muhammad Sanusi mendakwa terdapat surat daripada Kementerian Kewangan dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung cubaan menyingkirkannya daripada Majlis Kewangan Negara.

Banjir Baling: Terengganu sedia teruskan bantuan
Ahmad Samsuri berkata sebelum ini kerajaan negeri dan parti Pas negeri itu telah menyalurkan bantuan berbentuk barangan dan sumbangan wang ringgit.

Felda tunggu kerajaan negeri lulus cadangan bina rumah tambahan - Idris
Inisiatif itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan membina rumah baharu di lot sedia ada.