BUKIT KAYU HITAM:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri berkaitan, bagi membolehkan generasi kedua atau ketiga tanah rancangan itu membina rumah tambahan di lot peneroka asal.
Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh berkata, inisiatif itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan membina rumah baharu di lot sedia ada, berhampiran dengan kediaman ibu bapa mereka, sekali gus dapat menyelesaikan isu perumahan dalam kalangan warga Felda.
"Felda sudah membuat polisi untuk membenarkan (generasi kedua/ketiga) membina rumah baharu di lot ibu bapa mereka, tapi kena dapat kelulusan daripada kerajaan negeri dahulu.
"Kita dah arahkan semua Pengurus Besar Wilayah Felda berjumpa dengan setiap kerajaan negeri, insya-Allah bulan depan akan dapat maklum balas, setakat ini respons kerajaan negeri nampak positif," katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Felda Laka Selatan, dekat sini.
Turut hadir Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad.
Menurut Idris, setakat ini terdapat lebih 112,000 lot rumah Felda di seluruh negara dan jika cadangan itu diluluskan, generasi baharu Felda dibenarkan membina rumah baharu tetapi dengan pembiayaan sendiri.
"Pembinaan rumah itu pula tertakluk kepada majlis kerajaan tempatan dan prosedur kerajaan negeri," katanya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan sentiasa menyokong dan bekerjasama erat, dengan Felda.
Beliau berkata terdapat 10 tanah rancangan dengan jumlah 3,185 keluarga peneroka di Kedah.
Pada majlis sama, Muhammad Sanusi turut melancarkan Program Pembangunan Peneroka (PPP) bagi Wilayah Alor Setar, dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi warga Felda.
Antara projek PPP yang akan dijalankan di wilayah itu ialah projek 'Smart Fertigation Box' bagi tanaman cili dengan kos RM2,000 yang ditanggung Felda bagi setiap peneroka terpilih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021
Idris (kanan) dan Muhammad Sanusi ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu Felda di Felda Laka Selatan, Bukit Kayu Hitam, 6 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.