KUANTAN: Bekalan makanan 50 rakyat Malaysia di Sudan mencukupi untuk tempoh dua minggu dengan keadaan mereka dilaporkan baik dan selamat, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, Wisma Putra memantau rapi perkembangan terkini situasi di negara itu dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersedia melaksanakan proses evakuasi jika keadaan semakin meruncing.
"Rakyat kita di sana sudah membuat persiapan sepatutnya termasuk menyimpan bekalan makanan, namun kita sentiasa menunggu laporan terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.
"Sekarang ini, komunikasi agak sukar kerana semua platform komunikasi dipotong. Bagaimanapun kita dimaklumkan kedutaan kita berjaya menghubungi semua rakyat Malaysia di sana, manakala 20 daripada mereka sudah berada di kedutaan," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Deepavali 2021 di pejabat Persatuan Malaysia Hindu Sangam Kuantan di sini hari ini, yang melibatkan penyerahan kuih tradisi masyarakat India kepada golongan memerlukan.
Beliau berkata, aspek keselamatan rakyat Malaysia di Sudan turut menjadi agenda penting dalam pertemuan dengan Kuasa Usaha Sudan di Kuala Lumpur, yang telah berlangsung sebanyak dua kali.
Berhubung proses timbang tara yang diaktifkan Petronas melibatkan aset milik syarikat itu di Sudan yang dirampas, Saifuddin berkata proses tersebut masih berjalan di London.
Media antarabangsa melaporkan tentera Sudan pada 25 Okt lepas melancarkan rampasan kuasa ekoran kebangkitan rakyat negara tersebut.
Perdana Menteri Abdallah Hamdok, selain Menteri Penerangan Hamza Baloul dan Gabenor Khartoum Ayman Khalid serta beberapa pegawai kanan kerajaan telah ditahan pihak tentera.
Negara Islam di timur benua Afrika itu bergolak setelah kejatuhan Presiden Omar al-Bashir yang memerintah juga hasil rampasan kuasa pada 1989, sebelum digulingkan tentera pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Rakyat Malaysia sudah membuat persiapan sepatutnya termasuk menyimpan bekalan makanan, namun Wisma Putra sentiasa menunggu laporan terkini daripada Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum. - AP
Keputusan Bung Moktar kekal bebas atau perlu bela diri tuduhan rasuah ditentukan hari ini
Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad kekal bebas daripada tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta, akan diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Pertahanan.melaporkan, sebuah pesawat Tentera Udara Itali berlepas dengan membawa lebih 15 tan bantuan kemanusiaan untuk dihantar kepada penduduk di Gaza.
Konflik Asia Barat: Ketua media Hizbullah terbunuh dalam serangan Israel
Serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut membunuh Ketua Perhubungan Media Hizbullah Mohammad Afif, pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Malaysia dan Brazil mendesak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza selain menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik itu dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika beri lampu hijau untuk Ukraine guna ATACMS dalam usaha tembusi Rusia.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia meningkat, hampiri tahap negara maju
Tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia telah meningkat dengan ketara sejak 2016 dan menghampiri tahap negara maju.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
127 orang meninggalkan Labuan Bajo melalui pengangkutan laut atau udara selepas operasi penerbangan domestik di sambung semula pada Rabu.
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.
Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada susulan letusan gunung berapi Flores
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Isnin mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas berada dalam keadaan selamat.
Letupan bom di Pakistan: Kementerian Luar Negeri nasihatkan rakyat Malaysia berwaspada
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan berwaspada dan sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia yakin negara berada di landasan betul - Tinjauan Ipsos
71 peratus kumpulan berusia 16-74 tahun berpendapat negara kini menuju ke arah yang betul dan sentimen itu meningkat 19 peratus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.