Keputusan Steinmeier pada Jumaat itu dijangka susulan kejatuhan gabungan tiga parti Canselor Olaf Scholz pada November lepas dan kegagalan undi keyakinan terhadap pemerintahannya pada 16 Dis.
Pemimpin parlimen Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Scholz dan Parti Demokratik Kristian (CDU) konservatif telah bersetuju mengenai tarikh pilihan raya Februari itu.
Artikel 39 Undang-Undang Asas Jerman atau perlembagaan, menetapkan bahawa pilihan raya baharu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas undi percaya.
Scholz menghadapi cabaran sukar untuk dipilih semula. Dalam tinjauan pendapat terkini, CDU mendahului SPD dengan kelebihan sekitar 10 mata.
Steinmeier pada Jumaat menekankan bahawa kestabilan politik adalah aset berharga di Jerman, sambil menyifatkan pembubaran Bundestag dan pilihan raya awal sebagai pengecualian kepada peraturan itu.
"Terutamanya dalam masa-masa sukar seperti sekarang, kestabilan memerlukan kerajaan yang mampu bertindak dan majoriti yang boleh dipercayai di Parlimen," kata presiden itu ketika menjelaskan keputusannya.
-- BERNAMA