ALOR SETAR: Jalan dua lorong dari Pokok Sena ke Padang Terap akan dibina bagi melengkapkan lagi projek Kedah Rubber City (KRC) yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan di Kedah.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek yang menelan kos kira-kira RM600 juta itu pada dasarnya dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk disegerakan dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Kita (kerajaan negeri) sudah pun menghantar surat kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada minggu pertama Ramadan lalu, dan kos itu atas penilaian KKR sendiri sebelum ini.
"Saya belum dapat jawapan tapi pada dasarnya dipersetujui Perdana Menteri semasa perasmian KRC pada Februari lalu...dan berharap KRC akan jadi kawasan industri baharu kerana dalam perancangan kerajaan negeri, kita mahu bangunkan kawasan yang masih ketinggalan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sesi Taklimat Umum Menteri Besar Bersama Mahasiswa di Dewan Sri Mentaloon di sini pada Khamis.
Muhammad Sanusi yakin kelulusan projek jalan itu tidak akan mengambil masa lama kerana turut meminta Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid untuk mengambil tindakan susulan agar projek itu menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan.
"Datuk Seri Mahdzir pun beritahu bahawa beliau akan bantu, berkemungkinan pada bulan ini juga kita akan dapat jawapan sebab Kerajaan Persekutuan sudah hantar senarai kepada kita ada 12 senarai projek di Kedah yang mana paling utama, saya kata semua 12 itu penting dan utama.
"Apabila ada projek KRC, jalan sangat penting untuk industri, ketika itulah lori besar, treler akan lalu...ibu bapa pula akan hantar anak ke sekolah, jalan akan jadi sibuk kerana jalan itu juga boleh pergi ke Padang Sanai dan Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya.
Pada 7 Februari lepas, Perdana Menteri merasmikan projek KRC yang diyakini mampu menjadi pemangkin transformasi sosioekonomi negara.
KRC akan menjadi taman perindustrian getah khusus mesra alam pertama di Malaysia yang dijangka mampu mengekalkan pertumbuhan semasa Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Kedah khasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Muhammad Sanusi yakin kelulusan projek jalan itu tidak akan mengambil masa lama. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.