Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi kerjasama penuh dengan pihak polis berhubung siasatan kes pencabulan guru terhadap murid sekolah yang didedahkan seorang aktivis sosial hari ini.
Menterinya Dr Maszlee Malik yang menzahirkan rasa sedih dan marah susulan pendedahan oleh Syed Azmi Alhabshi di laman sosialnya berhubung isu itu, menegaskan langkah-langkah sewajarnya akan diambil untuk membanteras gejala itu daripada berleluasa.
"Terima kasih @AmiKimmy atas usaha membongkar kes pencabulan oleh guru ini. Saya amat sedih dan marah apabila terjadi kes-kes sebegini dan berjanji pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis.
"KPM komited untuk memastikan hak kanak-kanak sentiasa dipatuhi dan keselamatan mereka terutamanya semasa berada di sekolah diutamakan oleh semua pihak lebih-lebih lagi oleh warga pendidik," katanya menerusi catatan di laman Twitternya hari ini.
Beliau juga menegaskan anak-anak perlu dilindungi dengan sebaiknya di sekolah dan menggesa pihak guru, sekolah dan ibu bapa untuk tampil ke hadapan membuat laporan apabila timbulnya perkara seperti itu.
Syed Azmi, dalam catatan di Facebooknya mendedahkan perlakuan seorang guru yang didakwa melakukan pencabulan anak-anak di sekolah dengan yang terbaru melakukan perbuatan itu terhadap dua anak muridnya di sebuah resort kononnya ketika mengikuti kursus satu mata pelajaran, baru-baru ini.
Kes yang didakwa telah diketahuinya sejak April lepas itu bagaimanapun dikatakan melalui laluan sukar untuk dibawa ke muka pengadilan berikutan tiada sokongan sehinggalah dua murid berkenaan membuat pengakuan kepada ibu bapa masing-masing.
Susulan itu, dua laporan polis telah dibuat dan guru itu ditahan reman beberapa hari lepas. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 07 2018
Dr Maszlee menggesa pihak guru, sekolah dan ibu bapa untuk tampil ke hadapan membuat laporan apabila timbulnya kes cabul ke atas murid. - Gambar hiasan
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.