JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan bernilai RM8.94 juta bagi kerja-kerja menyelenggara kolam tadahan air di seluruh Johor.
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan berkenaan disalurkan kepada 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan 28 projek kolam tadahan di kawasan penempatan di negeri ini.
Beliau berkata peruntukan bagi menjalankan kerja penyelenggaraan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2023 yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jadi, RM8.94 juta ini saya sendiri bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali akan pastikan bahawa pihak PBT dapat melaksanakan kerja dengan sebaik mungkin kerana harapan kita supaya Belanjawan 2023 dapat dibelanjakan sebaik mungkin dan sampai kepada masyarakat sekeliling.
"Kesemua kolam tadahan ini perlu disiapkan tahun ini, walaupun cuaca tidak menentu supaya selepas ini kita boleh fokus kepada belanjawan berikutnya," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Pangsapuri Larkin Idaman Lot C di sini hari ini yang turut dihadiri Mohd Fadzli dan Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman.
Akmal Nasrullah dalam pada itu berkata KPKT telah meluluskan sebanyak RM500,000 kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menyelenggara kolam tadahan air di pangsapuri itu.
Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan kolam tadahan air itu turut merangkumi kerja pembersihan serta mendalamkan kolam tersebut bagi mengelak hakisan dan sebagainya.
"Saya turut berkongsi berpandangan dengan Datuk Bandar Johor Bahru supaya kemudahan kolam tadahan ini boleh dipertimbangkan untuk dinaik taraf dijadikan sebuah pusat rekreasi pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 13 2023
![KPKT lulus RM8.94 juta selenggara kolam tadahan air di Johor KPKT lulus RM8.94 juta selenggara kolam tadahan air di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683966178_ProjekKolamTadahan.jpg)
Akmal Nasrullah (dua, kiri) diberi penerangan oleh Timbalan Setiausaha MBJB Ir Nazatulshima Mohamad (kiri) ketika meninjau kolam tadahan pada Majlis Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Pangsapuri Larkin Idaman Ploct C. -Bernama
![Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721193528_tbIstiadatPertabala.jpg)
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai dinasihat tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di Jalan Sultan Abdul Halim pada Jumaat dan Sabtu ini.
![Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tulis 'PN' kepada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
Istiadat Pertabalan Agong: Orang ramai dinasihat tidak cemas dengar tembakan meriam
Orang ramai khususnya warga kota dinasihatkan agar tidak cemas jika terdengar bunyi tembakan meriam semasa memandu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim pada pagi Jumaat dan Sabtu ini.
Jangan 'shoot down' idea P-turn - Menteri Kerja Raya
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi minta YB Stampin, Chong Chieng Jen tidak 'shoot down' idea P-turn di Lebuhraya Pan Borneo yang beri kemudahan kepada pengguna.
#AWANInews
#AWANInews
![Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720776307_UkraineCrisis.jpg)
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
![Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.
![15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri 15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720671192_AkmalNasrullahMohd.jpg)
15 syarikat dipilih laksana projek RTB di tujuh negeri
Lima belas syarikat dipilih bagi melaksanakan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di tujuh negeri yang telah dikenal pasti.
![Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717501766_AkmalNasrullah.jpg)
Pelbagai mitigasi dilaksana untuk atasi isu gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan
Langkah-langkah mitigasi yang diambil mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air secara jangka pendek dan panjang.
![Kerajaan cadang bina pusat pengurusan sisa panel solar Kerajaan cadang bina pusat pengurusan sisa panel solar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684826236_AkmalNasrullahMohd.jpg)
Kerajaan cadang bina pusat pengurusan sisa panel solar
Kerajaan menerusi agensi kawal selia berkaitan sedang meneroka aspek pengurusan sisa panel solar yang dijangka meningkat secara mendadak apabila tempoh hayat atau pengoperasian loji jana kuasa solar t
![Pindaan Akta 655 dibentang di Parlimen Julai ini Pindaan Akta 655 dibentang di Parlimen Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684825466_AkmalNasrullahMohd.jpg)
Pindaan Akta 655 dibentang di Parlimen Julai ini
Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) kini dalam penelitian serta semakan akhir Jabatan Peguam Negara (AGC).
![Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689518046_Genericsolarpanel.jpg)
Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan
Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
![Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Pelarasan tarif air munasabah - Akmal Nasrullah
Menurut Akmal Nasrullah, ia akan memberi manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan yang lebih baik kepada pengguna di negeri terbabit.
![Kerajaan akan pantau KPI operator air setiap negeri Kerajaan akan pantau KPI operator air setiap negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705452564_akmalNasrullah.jpg)
Kerajaan akan pantau KPI operator air setiap negeri
Pengguna dijangka menerima manfaat melalui tahap perkhidmatan bekalan air yang lebih baik daripada operator masing-masing.
![KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701606124_TBAkmalNasrullah.jpg)
KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
![Projek terkesan akibat kelewatan dicadang terima manfaat Dana Jaminan Khas Projek terkesan akibat kelewatan dicadang terima manfaat Dana Jaminan Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700494113_AkmalNasrullah.jpg)
Projek terkesan akibat kelewatan dicadang terima manfaat Dana Jaminan Khas
Dalam tempoh pemaju menyiapkan pemajuan perumahan, kebajikan pembeli yang menjadi mangsa projek perumahan bermasalah perlu dibela.