PUTRAJAYA: Wanita PKR menyifatkan budaya membuli wanita merupakan antara faktor golongan itu menjauhkan diri daripada melibatkan diri dalam arena politik.
Ketika berucap dalam Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2023, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR Sandrea Ng berkata ketika ini masih terdapat ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam pelbagai segi kehidupan termasuk tempat kerja, pendidikan dan dalam kalangan masyarakat ekoran daripada tahap sensitiviti gender yang rendah.
Ng berkata malah, ketidakseimbangan turut berlaku di institusi legislatif iaitu di Dewan Rakyat yang sungguh mengecewakan golongan wanita kerana masih terdapat beberapa ahli politik berfikiran "zaman purba" yang berulang kali melontarkan kenyataan yang tiada sensitiviti gender.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak berkata dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini sahaja, sekurang-kurangnya tiga Ahli Parlimen pembangkang dikesan mengeluarkan kenyataan seksis dan lucah sehingga mengguris hati golongan wanita.
"Saya ingin menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kesemua kenyataan tersebut kerana tindak-tanduk ini adalah tidak bertanggungjawab malah membentuk budaya buli kepada kaum wanita dalam arena politik," katanya pada Ucapan Refleksi Pimpinan Wanita PKR dalam perspektif kerajaan sempena kongres itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Sabtu.
Ng yang juga Pengarah Komunikasi PKR Perak berkata justeru, semua ahli politik wanita malah lelaki harus bersatu padu dalam isu berkenaan untuk mengecam tingkah laku yang memperlekehkan golongan wanita kerana budaya negatif sebegini antara faktor utama yang menyebabkan golongan wanita menjauhkan diri daripada dunia politik.
Sementara itu, dalam sesi perbahasan kongres itu perkara berkaitan memperkasakan serta memberi kesaksamaan kepada golongan wanita dalam pelbagai aspek dan institusi pentadbiran turut dibangkitkan beberapa perwakilan Wanita PKR.
Antaranya, Wanita PKR Selangor yang diwakili Ainul Aizura Ahsan menggesa negara ini melakukan lebih banyak promosi dan merealisasikan kesaksamaan jantina dan melindungi setiap hak golongan wanita.
"Ini termasuk menerapkan seluasnya undang-undang melawan diskriminasi gender di semua lapangan dan keganasan dalam rumah tangga serta meningkatkan representasi di badan-badan legislatif dan posisi kepimpinan lainnya," katanya.
Perwakilan dari Terengganu, Ramlah Saleh pula berkata pihak institusi dan agensi perlu memastikan serta berkewajipan untuk mengukur kesetaraan mengenai kemajuan wanita dalam pencapaian mereka tanpa mengira jantina.
"Wanita juga perlu diberi keadilan mengikut kelayakan untuk berada di tempat yang selayaknya. Sehubungan itu pihak institusi dan agensi kerajaan perlu memberi latihan serta kursus serta kesedaran kepada pekerja masing-masing berkaitan stereotaip gender dalam institusi tersebut agar dapat mempertingkatkan kesedaran gender, sekali gus mengurangkan isu diskriminasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023

Exco Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng ketika menyampaikan Ucapan Refleksi Pimpinan Wanita Keadilan Dalam Pimpinan Kerajaan pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17. - Foto BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Wanita PKR lancar Sistem ASAK, perkasa pengurusan dan tadbir urus secara digital
Wanita PKR hari ini melancarkan Sistem Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan (ASAK) bagi memperkasakan pengurusan dan tadbir urus cabang wanita parti itu secara digital.

Kongres Wanita PKR: Budaya buli terhadap wanita, seksisme dibangkitkan
Wanita PKR menyifatkan budaya membuli wanita merupakan antara faktor golongan itu menjauhkan diri daripada melibatkan diri dalam arena politik.

Representasi wanita di Parlimen terus jadi agenda pemberdayaan Wanita PKR - Fadhlina
Representasi wanita di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta cabang harus terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita PKR, kata Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek.

Wanita PKR sasar tanding 9 lagi kerusi Parlimen pada PRU15
Wanita PKR telah kenal pasti sembilan kerusi Parlimen untuk ditandinginya pada PRU15 selain mengekalkan 11 kerusi sedia ada.

Muhyiddin perlu mulakan konsultasi biparti demi negara - Fuziah Salleh
Muhyiddin Yassin perlu memulakan proses konsulatasi demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyikapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen.

Perkasa wanita: Kerajaan PH jauh lebih progresif - Haniza
Kerajaan negeri dan persekutuan diharap dapat mempertimbangkan seorang wanita di setiap negeri untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Kongres tahunan sayap Wanita, AMK PKR bersidang hari ini
Kira-kira 1,588 perwakilan akan menyertai persidangan sayap Wanita dan AMK, yang masing-masing akan bermula 9 pagi.

Terima teguran akar umbi, kata Ketua Wanita PKR
Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata anggota parti perlu bekerjasama menangkis usaha mana-mana pihak dari memecahbelahkan parti.

PH perlu kurangkan berpolitik, lebihkan usaha bantu rakyat - MB Selangor
Pakatan Harapan (PH) perlu kurangkan berpolitik jika tidak mahu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat.

Peletakan jawatan isu dalaman PKR - Adly
Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan dua ketua wanita cabang PKR Melaka.