PUTRAJAYA: Representasi wanita di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta cabang harus terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita PKR, kata Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF 2023) dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di tangga tercorot dalam penguasaan dan penglibatan politik untuk kaum wanita.
"Malah, sasaran mencapai 30 peratus calon wanita dalam pilihan raya juga dianggap jauh kerana hanya 12 peratus calon wanita dipertaruhkan untuk Pilihan Raya Negeri 2023.
"Walaupun terdapat banyak inisiatif bagi meningkatkan agenda 30 peratus perwakilan wanita di Parlimen, tetapi ada banyak faktor yang menyebabkan kekurangan perwakilan wanita di Parlimen mahupun DUN termasuk ekosistem politik dan parti politik itu sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
Fadhlina berkata menerusi representasi wanita, ia mampu menentukan dasar dan polisi lebih baik bagi melindungi golongan hawa, kanak-kanak dan warga emas serta polisi yang cenderung mengarusperdanakan jantina.
Beliau berkata dengan representasi jantina secara adil dan saksama, isu berkaitan keganasan rumahtangga, gangguan seksual, kesihatan mental, penuaan bermaruah, kesihatan keluarga, partipasi dalam ekonomi dan tenaga kerja negara dan pembangunan keluarga dapat diperjuangkan dengan lebih efektif.
"Atas sebab itu, penting untuk Wanita Keadilan terus konsisten dalam memperjuangkan hak wanita dalam isu keganasan rumahtangga, perlindungan kanak-kanak, kewarganegaraan anak yang ibunya adalah warganegara Malaysia, advokasi berkaitan gangguan seksual dan pemberdayaan wanita dalam pembinaan negara masih menjadi keutamaan," katanya.
Beliau juga berharap supaya pimpinan parti terus komited dalam memastikan representasi wanita dalam setiap pilihan raya.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata mulai tahun hadapan, siri Wanita Akar Rumput MADANI dan Run To Win akan menjadi program berkala untuk semua wanita manakala program Bakul Makanan Wanita, Kasih Keluarga MADANI, Wanita Keadilan #sayangi diri dan #MADANIBelajar akan diperhebatkan di bawah Wanita PKR.
Sementara itu, Fadhlina berkata Kerajaan Perpaduan juga mahu melaksanakan enam komitmen seiring dengan pelbagai islah dan reformasi institusi yang dilalui ketika ini, iaitu memartabatkan Mahkamah Syariah dengan memperkukuh bidang kuasa, reformasi tata cara sivil dan jenayah syariah dan menambah baik dan perluasan hukuman bagi memastikan keadilan.
Selain itu, memperluaskan akses serta kualiti pendidikan menerusi pemerkasaan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris dan kemahiran bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), memperkukuh sistem serta akses kesihatan untuk golongan rentan, kesihatan mental serta saringan kesihatan khusus untuk wanita.
Merekayasa polisi Negara Tua 2030 dan advokasi hak asasi warga emas, memperluas bidang pekerja sosial dan pekerja komuniti demi meningkatkan tenaga buruh khususnya dalam sektor Ekonomi Penjagaan dan menjamin perlindungan, pembelaan undang-undang, advokasi dan hak ke atas mangsa atau saksi rentan (wanita dan kanak-kanak) dalam kes keganasan seksual dalam konteks "sokongan mahkamah" semasa prosiding mahkamah berlangsung.
Dalam ucapan itu, Fadhlina yang turut menyentuh isu di Gaza, menggesa semua ahli sayap itu untuk terus mendukung pendirian Kerajaan Perpaduan yang tegas mengutuk kekejaman terhadap rakyat Palestin dan menggesa dunia agar menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel.
"Pembantaian umat Islam di Palestin khususnya keganasan terhadap kanak-kanak, wanita dan masyarakat awam telah dengan tegas kita suarakan di semua penjuru suara. Mustahil untuk kita tidak membuat sikap keras dan tegas terhadap Israel atau menyikapi dengan neutral," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Ketua Wanita Keadilan Pusat Fadhlina Sidek ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Wanita Keadilan ke-17 bertemakan "Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI" di PICC, hari ini. - Foto BERNAMA
Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.
Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.
AWANI Ringkas: latihan percubaan bermula Ahad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.
#AWANIRingkas 11 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Januari 2025
1️⃣ Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
2️⃣ Kerajaan tidak pernah sorok - PM
3️⃣ Akta berkaitan politeknik ditambah baik
#awaniringkas
1️⃣ Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
2️⃣ Kerajaan tidak pernah sorok - PM
3️⃣ Akta berkaitan politeknik ditambah baik
#awaniringkas
PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000
PGA Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong.
AWANI 7:45 [11/1/2025] – PM nafi sorok Titah Adendum| Banjir acara tahunan| Ugutan jenayah
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Dzulfitri Yusof
1. Titah Adendum: "Kenapa yang salahnya saya?" - PM
2. 25 tahun penduduk hadapi banjir, tiada pemimpin mampu selesai masalah
3. Anak menteri tidak kebal undang-undang, Saifuddin serah kes anak kepada polis
4.. PLKN bermula esok, konsep dan format baharu
1. Titah Adendum: "Kenapa yang salahnya saya?" - PM
2. 25 tahun penduduk hadapi banjir, tiada pemimpin mampu selesai masalah
3. Anak menteri tidak kebal undang-undang, Saifuddin serah kes anak kepada polis
4.. PLKN bermula esok, konsep dan format baharu
'Pentadbiran Los Angeles kecewakan kami', kata Ketua Jabatan Bomba
Pemotongan belanjawan sebanyak AS$17 juta untuk jabatan bomba memberi kesan negatif terhadap keupayaan agensi itu memadamkan kebakaran.
Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.
Nahas pesawat Korea Selatan: Kotak hitam gagal berfungsi selama 4 minit terakhir
Penyimpanan data dalam kedua-dua peranti itu terhenti kira-kira empat minit sebelum pesawat tersebut merempuh sebuah 'localiser'.
Representasi wanita di Parlimen terus jadi agenda pemberdayaan Wanita PKR - Fadhlina
Representasi wanita di peringkat Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) serta cabang harus terus menjadi agenda pemberdayaan Wanita PKR, kata Ketua Wanitanya Fadhlina Sidek.