TAMADUN dunia hari ini sudah mampu mencapai perkara yang mustahil, malah sudah mampu menjejakkan kaki ke bulan, tetapi masih gagal menghentikan penindasan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manusia juga memperjuangkan hak haiwan, tetapi pada masa yang sama membenarkan satu bangsa dihina dengan cara yang paling teruk, ditindas, diseksa dan dibunuh selama lebih dari 70 tahun.
Beliau berkata, kebanyakan manusia takut terhadap kemiskinan dan kehilangan tempat tinggal, tetapi menyaksikan rakyat Palestin dihalau dan rumah mereka dimusnahkan.
“Dan hari ini, keseluruhan kejiranan, bangunan, malah hospital telah dibom dan dimusnahkan. Tamadun dunia hari ini menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di hadapan mata mereka sendiri.
“Dan hari ini kebanyakan daripada mereka mendiamkan diri, dan secara berselindung menyatakan sokongan terhadap rejim Israel – sama ada secara moral atau material – termasuk senjata, kebijaksanaan dan kewangan,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, adalah mustahil untuk mencari sesuatu perkataan yang boleh menggambarkan kekejaman dan kemusnahan yang dilakukan setiap hari terhadap rakyat Palestin, terutamanya kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, di sebalik protes dan demonstrasi yang berlaku di seluruh dunia, ia nyata tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk menghentikan kekejaman Israel.
Katanya lagi, semua pihak tidak boleh meletakkan harapan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman itu, tetapi sekurang-kurangnya negara-negara yang bertamadun perlu berbuat sesuatu, kerana mereka boleh membawa perubahan.
Dalam pada itu Dr Mahathir turut mempersoalkan tentang fokus sesetengah negara, kononnya berhubung keselamatan Israel, sedangkan ketika ini lebih 10,000 rakyat Palestin telah dibunuh, berbanding 1,400 orang Israel.
“Keselamatan siapa sebenarnya yang telah dicerobohi? Kita hanya menyaksikan askar Israel, tetapi tiada askar Palestin. Yang ada hanya rakyat biasa. Kelihatan seperti Amerika Syarikat dan sekutunya tidak mahu pembunuhan ini terhenti.
“Israel kini berbincang tentang gencatan senjata selama 4 jam sehari, kononnya mahu membenarkan orang awam ke tempat selamat. Apabila gencatan ini tamat, pembunuhan akan berlaku, lebih ramai rakyat biasa akan mati, dibunuh dan dibom hingga hancur,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di Gaza bukanlah satu peperangan, sebaliknya satu pembunuhan beramai-ramai. Konflik tersebut, tegasnya lagi, telah melanggar segala nilai kemanusiaan.
Beliau berkata, manusia kini tidak lagi mempunyai hak untuk mengaku sebagai bangsa bertamadun, sebaliknya kembali menjadi orang gasar.
Firdaus Azil
Sat Nov 11 2023
Tun Mahathir berkata, manusia kini lebih sibuk memperjuangkan hak haiwan, tetapi membiarkan satu bangsa dihina dan dibunuh begitu sahaja. - Gambar fail
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.
Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.
'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.