MENURUT kajian, 76 peratus atau 18 juta rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas boleh diklasifikasikan sebagai sasaran pembaca buku yang berdaya beli.

Sebaliknya 22 peratus (5.5 juta) pada kumpulan usia sama, menyatakan langsung tidak berminat dengan buku dan bahan bacaan.

Angka 5.5 juta ini ialah purata responden yang dikaji dan menyatakan jawapan: "tidak membeli walaupun sebuah buku sepanjang 2018."

Ini data kajian Pasukan Analisis Picodi.com - agensi kepenggunaan yang menjalankan kajian mengenai minat membaca dan membeli buku dalam kalangan rakyat Malaysia.

KLWBC 2020: Malaysia malas atau rajin membaca?

Picodi.com platform e-dagang dalam empat bahasa utama; Inggeris, Sepanyol, Jerman dan Rusia.

Ia ditubuhkan di Krakow, Poland pada 2010 dan beroperasi di 41 negara.

Picodi.com menjalankan kajian tabiat membaca dan pembelian buku pada April tahun lalu di semua cawangan operasinya.

Tindakan ini sebagai data analisis menjelang dua dekad Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNECSO) melancarkan Hari Buku dan Hak Cipta Dunia bermula 23 April 2001.

Kajian ini turut menyemak minat dan sikap 7,800 responden kumpulan sasaran terpilih di 41 buah negara.

Uniknya, bagi data tabiat membeli buku secara dalam talian, Malaysia berada di senarai ke enam paling aktif di kalangan 41 negara yang dikaji.

Walaupun begitu, malangnya, 22 peratus (5.5 juta) penduduk dewasa di negara ini langsung tidak berminat walaupun untuk membeli sebuah buku setahun.

Kajian Picodi.com juga menemukan data 76 peratus (18 juta) rakyat Malaysia membeli sebuah buku setahun.

Kajian Picodi.com juga menemukan data 76 peratus (18 juta) rakyat Malaysia membeli sebuah buku setahun.

Daripada jumlah itu juga 59 peratus cuba untuk membeli lebih daripada sebuah buku.

Manakala 19 peratus berkeyakinan mampu membeli sebuah buku setiap bulan.

Walaupun Malaysia menduduki senarai keenam teratas pembelian buku dalam talian, 59 peratus responden Malaysia masih selesa mendapatkan stok bahan bacaan melalui kedai buku.

Secara senario pula, angka daya beli secara dalam talian meningkat 11 peratus antara September hingga Oktober. Manakala, penurunan berlaku sebanyak 6 peratus antara April ke Ogos.

Data belian secara dalam talian satu petunjuk jelas bagi kajian Picodi.com untuk mengenal pasti tabiat membeli secara bulan ke bulan sepanjang tahun di negara ini.


3.7 juta peminjam buku perpustakaan

Uniknya, hanya 16 peratus (3.7 juta) pembaca masih mengamalkan budaya meminjam buku di perpustakaan. Manakala, 9 peratus mengakui meminjam buku daripada rakan.

Dicampur semua jumlah itu, 76 peratus rakyat Malaysia berada dalam radius budaya membaca.

Dan sekali lagi - fakta sedihnya - 22 peratus (5.5 juta) menjawab kepada Pasukan Analisis Picodi.com: "Tidak berminat langsung pada buku."

Uniknya, hanya 16 peratus (3.7 juta) pembaca masih mengamalkan budaya meminjam buku di perpustakaan. Manakala, 9 peratus mengakui meminjam buku daripada rakan.

Sebagai agensi berkredibiliti, data Picodi.com pada April 2019 memberikan banyak dapatan yang memerlukan perhatian yang serius.

Terutama, mengenai tabiat membaca dan membeli buku di negara ini.

Peratusan responden dalam data ini wajar dinisbahkan kepada peratusan menyeluruh kepenggunaan rakyat Malaysia terhadap perbukuan.

Terutama jawapan 22 peratus responden yang berterus-terang secara langsung terhadap soalan Picodi.com.

"Adakah anda membeli buku pada tahun lalu (2018)?"

Relatif logiknya, nisbah 1 bagi setiap 5 rakyat Malaysia tidak meminati buku - satu realiti yang memalukan.

Jawapan positifnya ialah 78 peratus mengaku berbuat demikian. Secara pecahan - 78% wanita membeli buku berbanding 74% responden lelaki.

Cuma, angka 22 peratus (5.5 juta) yang tidak berminat langsung dengan buku adalah jumlah yang sangat mengejutkan.

Relatif logiknya, nisbah 1 bagi setiap 5 rakyat Malaysia tidak meminati buku - satu realiti yang memalukan.

Apa lagi bagi sebuah negara yang giat meletakkan budaya membaca sebagai teras membina negara bangsa.


Buku digital tidak berkembang

Secara global, buku audio mula berkembang pantas di seluruh dunia. Namun, angkanya masih sangat rendah di negara ini.

Buku digital hanya menarik minat 5 peratus rakyat negara ini. Manakala, format buku cakera padat dan audio hanya berdaya pasaran sekitar 3 peratus.

Data lain ialah 37 peratus peminat buku di negara ini membeli atas cita rasa peribadi. Manakala fakta mengejutkan pula - 50 peratus dipengaruhi promosi rakan-rakan.

Data lain ialah 37 peratus peminat buku di negara ini membeli atas cita rasa peribadi.

Turut memberangsangkan ialah fakta 29 peratus pembaca membeli akibat dipengaruhi kejayaan novel yang difilemkan.

Manakala, 11 peratus mendapatkan buku yang disenarai atau memenangi anugerah sebagai pilihan bacaan.

Bersesuaian dengan era pengaruh media sosial, buku yang diberikan ulasan yang baik oleh blogger mampu mencipta 28 peratus nilai pasaran.

Penemuan Picodi.com ini memberikan gambaran kuasa "influencer" mula memperlihatkan pengaruh dalam membantu pasaran buku.

Selain itu, 53 peratus pembeli buku menyatakan wujud tarikan membeli ketika tawaran harga lebih murah. Manakala, 8 peratus menyifatkan buku di negara ini sangat mahal.

Manakala 45 peratus berpuas hati dan menyifatkan harga buku sebagai berpatutan.

Penemuan Picodi.com ini memberikan gambaran kuasa

Secara purata, 48 peratus membeli buku kerana sangat meminati pembacaan. Manakala 20 peratus membaca kerana keperluan pembelajaran dan pekerjaan.

Budaya membaca juga berkembang apabila Picodi.com menemukan 14 peratus responden meminati buku kerana menerimanya sebagai hadiah.

Sementara 18 peratus membeli buku kerana tekanan. (Picodi.com memilih untuk tidak mendetilkan punca stres dan kaitannya dengan sikap membeli buku).

Bacaan sastera kekal di tangga teratas dalam genre bacaan paling diminati di negara ini. Secara keseluruhan, 76 peratus pembelian buku membabitkan genre sastera.

Secara pecahan pula 53 peratus membaca fiksyen dan 36 peratus bacaan non fiksyen berteraskan sastera.

Secara spesifik genre popular ialah cerita seram, cinta, fiksyen jenayah dan pengembaraan.

Sastera klasik masih berpengaruh dan puisi kekal sebagai pilihan popular.

Selain isu akses buku, 78 peratus responden mengakui jumlah penerbitan buku memadai sebagai pilihan.

Manakala 22 peratus menyifatkan judul yang diterbitkan di negara ini tidak mencukupi.

Sukar dirumuskan: Apakah Malaysia rajin atau malas membaca!

__________________________________________________________________________________

* Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.