Pelaksanaan mandat serta adaptasi pendigitalan yang dilakukan oleh SME Bank tiga tahun lalu telah menyumbang kepada keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM134.8 juta walaupun pihak bank menghadapi cabaran luar biasa pada tahun kewangan 2020. Pada tahun 2019, SME Bank mencatatkan PBT sebanyak RM213.9 juta.
Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata: “SME Bank memulakan tahun 2020 dengan momentum yang positif apabila pihak bank mempertingkatkan pelaksanaan transformasi untuk menjadi sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang memberi penekanan terhadap pelanggan dan pendigitalan. Walaupun menghadapi cabaran, SME Bank telah berjaya mencapai sasaran kewangan dengan meluluskan pembiayaan bernilai RM2.8 bilion kepada 2,030 orang usahawan PKS sepanjang tahun 2020. Daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan, 50.4% adalah untuk PKS kategori kecil dan 36.6% adalah untuk PKS bersaiz sederhana. Tiga sektor utama yang menerima kelulusan ini ialah Perdagangan Borong & Runcit dan Restoran & Hotel pada kadar 26.7%, Pembinaan pada kadar 17.3% dan Pembuatan pada kadar 16.8%.
"Platform Digital PKS Kebangsaan yang dilancarkan pada tahun 2019 menyaksikan SME Bank memperkenalkan aplikasi ScoreXcess dan ODELA yang membolehkan SME Bank membantu pelanggan kami ketika mereka menghadapi cabaran pada tahun 2020. Sehingga 31 Disember 2020, ODELA, sebuah platform digital B2B telah mempunyai 848 buah produk yang tersenarai di platformnya dan mencatatkan nilai transaksi lebih daripada RM4.67 juta. ScoreXcess yang memudahkan aplikasi pembiayaan mikro di bawah satu platform menyaksikan seramai 1,010 PKS mengemukakan permohonan pembiayaan bernilai RM19.87 juta," tambah beliau.
Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata: “Sebagai sebuah IKP yang diamanahkan untuk membangunkan sektor PKS negara, penting bagi kami untuk memastikan kelangsungan dan kemampanan usahawan PKS untuk terus beroperasi. Oleh itu, SME Bank telah mengambil pendekatan proaktif dengan menawarkan bantuan kepada pelanggan untuk membantu mereka menghadapi cabaran kewangan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Selain daripada bantuan moratorium automatik yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia, SME Bank adalah yang terawal dalam memperkenalkan lanjutan moratorium bersasar di bawah Program Kemudahan PKS (SRP) yang memanfaatkan 3,084 orang pelanggan SME Bank yang layak dengan jumlah pembiayaan bernilai RM4.1 bilion. Sehubungan itu, SME Bank telah melancarkan SRP 2.0 pada bulan Mac 2021 di mana bantuan pembiayaan bersasar telah dilanjutkan sehingga September 2021 dan tumpuan diberikan kepada sektor-sektor kritikal yang terjejas. Sebagai persediaan selepas bulan September dan seiring dengan mandat SME Bank untuk membimbing dan membangunkan sektor PKS, kami telah mengambil langkah proaktif untuk bertemu dengan usahawan PKS bagi meninjau bagaimana bantuan berterusan boleh diberikan apabila kita memasuki fasa pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID-19.
"Bantuan tambahan dalam bentuk penangguhan dan potongan kadar sewa juga diberikan kepada penyewa Kompleks Premis Usahawan (EPC) SME Bank. Seramai 251 usahawan PKS di 373 buah lot EPC menikmati pengecualian bayaran sewa selama enam bulan bermula pada bulan April 2020 hingga September 2020 dan potongan 50% dari kadar sewa bermula pada bulan Oktober 2020 sehingga Disember 2020. Potongan ini dilanjutkan sehingga bulan Mac 2021. Sepanjang bulan April 2020 hingga Mac 2021, penangguhan dan potongan yang kami berikan kepada semua penyewa adalah bernilai RM6.1 juta. Penyewa EPC juga berpeluang mengikuti program bimbingan dalam talian percuma iaitu SME Bank Business Strategic Series (SBSS) yang dijalankan oleh anak syarikat kami, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR), untuk membantu mereka meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul dalam menguruskan operasi dengan lebih berkesan terutama dalam keadaan perubahan landskap ekonomi akibat norma baharu ini,” kata Aria.
Aria juga berkata: “Pihak Bank juga telah menawarkan berbagai bantuan di bawah pakej rangsangan ekonomi Kerajaan, iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), dan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) serta bantuan pembiayaan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Di bawah pakej rangsangan PRIHATIN, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM4.69 bilion dan RM305.5 juta lagi di bawah PENJANA. Bagi inisiatif PEMERKASA tahun 2021, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM200 juta. Selain itu, SME Bank juga terlibat dalam inisiatif Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Kemudahan Teknologi Tinggi - Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) oleh BNM."
Selain memberi tumpuan kepada menyokong PKS untuk kekal bertahan, SME Bank juga terus memainkan peranannya dalam menyampaikan hasrat Kerajaan melalui peruntukan Belanjawan 2020. SME Bank memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta untuk MySMELady, sebuah kemudahan pembiayaan yang khusus untuk memperkasakan usahawan wanita dalam mengembangkan perniagaan mereka. MySMELady membolehkan mereka memohon pembiayaan untuk perolehan aset atau modal kerja, dengan pembiayaan hingga RM3.0 juta. Sehingga 31 Disember 2020, sembilan orang usahawan telah menerima kelulusan pembiayaan bernilai RM7.9 juta.
Di samping itu, SME Bank juga mensasarkan untuk membangunkan usahawan jaguh serantau di kalangan PKS Bumiputera melalui skim pembiayaan Jaguh Serantau dengan dana yang diperuntukkan sebanyak RM300 juta selama dua tahun, dari tahun 2020 sehingga 2021. SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM23.5 juta setakat 31 Disember 2020 di bawah skim ini.
Dari sudut peranan pembangunan usahawan pula, Aria berkata: “CEDAR terus menawarkan program pembangunan dan latihan keusahawanan yang unik dan efektif, walaupun secara dalam talian, kepada para usahawan dari setiap peringkat perniagaan sepanjang tahun lepas. Antara lain, program-program tersebut membolehkan para usahawan untuk belajar semula, tingkatkan kemahiran dan pada masa yang sama mengadaptasikan proses automasi dan pendigitalan. Melalui program latihan ini, kami memberi penekanan terhadap pasaran yang boleh mewujudkan permintaan baharu dan membuka sektor-sektor yang menawarkan peluang lebih baik kepada para usahawan. Terdapat banyak maklumat yang tersedia untuk mereka yang bijak memanfaatkannya. Pada tahun 2020, CEDAR telah menganjurkan sebanyak 1,251 program bimbingan dan latihan yang melibatkan 13,674 orang usahawan."
Komitmen SME Bank dalam membantu PKS untuk terus maju dan berdaya saing telah diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persatuan Institusi Pembangunan Kewangan Asia dan Pasifik (ADFIAP) apabila SME Bank telah menjadi pemenang bagi dua kategori iaitu Anugerah Pembangunan PKS bagi Program Best Exporters dan Anugerah Pembangunan Teknologi untuk Platform Digital PKS Kebangsaan semasa Mesyuarat Agung ADFIAP ke-43 yang diadakan secara dalam talian dari 28-29 Oktober 2020. SME Bank juga telah menerima Anugerah Khas Pembiayaan Tenaga Lestari bagi kategori IKP di Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2020 yang dianjurkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli atas peranan SME Bank dalam menyokong sektor PKS menceburi bidang teknologi hijau melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau serta bantuan pembiayaan lain yang berkaitan.
Kenyataan Media
Mon May 31 2021
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Terus bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri itu terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan
Hujan berterusan di timur Sabah hingga 30 Disember
MetMalaysia keluarkan amaran ramalan cuaca signifikan berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun lemah dijangka berlaku pada 28 hingga 30 Disember 2024.
Penduduk perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh
Perancangan jangka panjang sedang dirangka bagi membantu mangsa insiden angin kencang di penempatan atas air di Semporna.
Utamakan keselamatan, rai dengan keceriaan - Bomba Sabah
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Zainal@Jainal Madasin berkata, masyarakat perlu berwaspada terhadap sebarang risiko termasuk kebakaran, kemalangan, serta banjir.
14 barangan di bawah SHMMP bermula 23 hingga 27 Disember
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah mewartakan 14 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Sempena Hari Krismas.
Pengurus Besar Perak FC umum letak jawatan berkuat kuasa 1 Jan ini
Pengurus Besar Perak FC Neow Choo Seong mengumumkan peletakan jawatan dalam pasukan itu berkuat kuasa 1 Jan 2025.
PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
JSPT Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Bekas ahli 'Dolla' Syasya Rizal selamat bersalin anak sulung
Khabar gembira tersebut dimaklumkan menerusi Instagram sambil mempamerkan momen suami membacakan azan dan iqamat kepada bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhubung tarian colok mata di Tanah Merah
Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran majlis makan malam yang didakwa menyediakan persembahan tarian mencolok mata.
BEP SME Bank jana lebih RM192 juta jualan eksport pasaran global
BEP adalah program intervensi berstruktur yang digerakkan oleh KUSKOP dan SME Bank sebagai agensi pelaksana.
Belanjawan 2025: SME Bank sambut baik 10 inisiatif strategik RM1.17 bilion
Inisiatif-inisiatif tersebut adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan lagi daya tahan ekonomi negara serta memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Aria Putera akhiri kontrak perkhidmatan, Muhammad Hardee pemangku Presiden, CEO SME Bank mulai 3 Sept
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
Program iTEKAD ISHRAF: SME Bank sasar bimbing 400 usahawan asnaf
SME Bank telah melancarkan program iTEKAD ISHRAF untuk membimbing 400 orang usahawan Asnaf, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan enam rakan strategik program.
Pengekalan OPR 2.75 peratus tanda inflasi akan berkurangan pada 2023
SME Bank komited untuk mendukung mandatnya dalam memberi perkhidmatan kepada PKS bagi memenuhi keperluan kewangan.
Program ISHRAF 2.0 berjaya rekod jualan terkumpul RM3.6 juta
Ia membolehkan program berkenaan memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan Asnaf di enam negeri berbanding edisi ISHRAF 1.0.
PKS dinasihat ambil tindakan perlu kekalkan perniagaan dalam persekitaran kenaikan kadar faedah
SME Bank menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan apa yang perlu untuk memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.
SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi perniagaan
Penambahbaikan itu juga disumbang kejayaan bank tersebut menerbitkan Sukuk Kelestarian pertama bernilai RM500 juta pada tahun lepas.
Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.