FILEM antara aset paling hampir dengan sastera walaupun di Malaysia jurangnya sangat ketara.
Filem Langit Petang diangkat daripada novel Sasterawan Negara (SN) A Samad Said pada 1982.
Namun, karya arahan Shahrom Mohd Dom ini tidak berjaya merealisasikan semangat asal novel terbitan 1980 ini.
Malah, filem lakonan Dharma Harun Al Rashid dan Azean Irdawaty gagal mendapat sambutan tontonan.
Kejayaan Ranjau Sepanjang Jalan (1983) karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang difilemkan Jamil Sulong memberikan nafas baharu.
Filem lakonan Ahmad Mahmood dan Sarimah Ahmad ini berjaya membawa dunia petani miskin di Banggol Derdap ke layar lebar dengan naratif yang mengangkat nafas asal novelnya.
Pada 1991, novel Juara karya SN S. Othman Kelantan menggegarkan sinema Melayu. Filem arahan U-wei Saari meninggalkan impak besar di pawagam.
Apa lagi filem ini lahir pada era diskusi mengenai usaha menfilemkan novel besar Malaysia hangat diperkatakan.
Namun - itulah saja. Tiga filem karya SN yang diangkat ke sinema berkelas jalur lebar.
Selepas vakum 30 tahun tanpa novel besar yang difilemkan - muncul produksi Balang Rimbun dengan telefilem khas terbitan Astro.
Telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman disiarkan melalui saluran 952 Tayangan Hebat Astro Box Office Movies pada Mei 2013.
Drama yang menarik kerana menemukan gandingan Sabri Yunus sebagai pengarah dan Wan Hanafi Su sebagai pelakon utama.
Wan Hanafi Su sangat berjaya memainkan watak Pak Hassan; sekaligus berjaya menzahirkan aspirasi SN Anwar Ridhwan melalui novel yang diterbitkan pada 1979.
Selebihnya - dunia visual sama ada drama atau filem Melayu hanya sekadar mengangkat novel-novel picisan yang didrama sirikan atau difilemkan.
Kualiti dan prestijnya mustahil diambil kira. Pastinya ia bertujuan komersil. Sama ada nilai novel atau naratif visualnya ketika didrama atau difilemkan.
Selepas hampir empat dekad, usaha merakyatkan karya novel ke filem dilakukan; suasana tetap suram.
Industri filem dan karya novel berkelas tinggi masih kekal menjadi dua saudara yang sukar dipersatukan.
Alasannya mudah; soal komplikasi hak cipta yang rumit. Selebihnya, kekangan bajet dalam menjayakan aspirasi novel terutama karya-karya besar SN.
*Era 80-an dan siri tayangan filem seni
Pada sekitar dekad 80-an hingga 90-an, ia menjadi tahun-tahun yang jenuh dengan kegilaan pembikin, pengkritik dan peminat filem tempatan menonton lambakan puluhan filem seni dalam setahun.
Pelbagai sesi tayangan anjuran persatuan dan komuniti filem yang dilanda kegilaan terhadap filem seni.
Malah, British Council dan Kedutaan Perancis juga seperti ikut berlumba. Perang senyap dalam menerapkan pengaruh pasca kolonialisme melalui kehalusan pengaruh estetika filem.
Dua negara kuasa besar ini cuba meluaskan pengaruh filem seni ala Los Angeles dan acuan Paris. Ia semacam perang meluaskan doktrin seni pula.
Dekad 80-an juga dilambakkan dengan trilogi Satyajit Ray (1921-1992).
Panggung P. Ramlee di FINAS dipenuhi penggila filem seni apabila "Pather Pichali" (1955), "Aparajito" (1956) dan "The World of Apu" (1959) ditayangkan sekitar akhir dekad 80-an.
Sesi anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) membuka mata pecinta filem melihat standard filem seni bikinan sinema Benggali, India bagi dekad 50-an.
Waktu itu juga, filem seni Akira Kurosawa (1910-1998) didedahkan secara meluas. Senarai filem hasil karya tokoh sinema Jepun ini memang panjang. Sekitar 30 judul.
Namun, "Roshomon" (1950), "Seven Samurai" (1954), "Yojimbo" (1961) dan "Rans" (1985) jadi tumpuan.
Kurosawa memiliki pengaruh luar biasa. Malah, pengarah ini juga mempengaruhi kerja seni P. Ramlee (1929-1973).
Selain India dan Jepun, filem-filem yang dinilai bagus dari Jakarta turut melanda sesi tayangan filem seni di Kuala Lumpur.
Filem Cinta Dalam Sepotong Roti (Garin Nugroho/1991), Serangan Fajar (Ariffin C Noer/1982) dan Secangkir Kopi Pahit (Teguh Karya/1985) juga dibawa masuk dan ditayangkan khusus untuk pecandu filem seni.
Kedutaan Perancis juga tidak mahu mengalah. Pada era pecandu filem sedang mabuk kasmaran dengan nilai estetika sebagai dimensi intelektual, Festival Filem Seni Perancis dianjurkan.
Lokasinya di Panggung Drama Kuala Lumpur selama seminggu. Itu sekitar tahun 1989. Penghujung dekad lapan puluhan, semacam era penggila filem boleh muntah menyusun jadual dan menuju ke pelbagai lokasi demi menyadap filem seni terbaik seluruh dunia.
Dari FINAS ke Kedutaan Perancis sampai British Council, pecandu filem mengejar jadual dan fenomena bergengsi intelek dengan bertopengkan filem seni.
Minat filem bukan saja dikejar di tayangan rasmi anjuran yang formal. Di rumah pelakon Azizah Mahzan, pecinta filem boleh hadir dan menonton filem-filem semasa yang memiliki nilai estetika tinggi.
Rumah Azizah menayangkan filem "In The Names Of Rose" (1986) arahan Jean Jacque Arnold yang menampilkan Sean Connery dan F Murray Abraham.
Malah, makin terseru menonton filem The Red Shorgum (1987) arahan Zhang Yimou. Agak berkecamuk juga jadual kalau kita gilakan filem seni yang datang dari pelbagai ceruk budaya dan terasa utopia pada kepelbagaian falsafah seninya.
*Dunia filem masa kecil
Pada 1977, di pawagam Rex, saya ternganga menonton versi ketiga filem A Star Is Born arahan Frank Pierson. Apa lagi dilakonkan superstar dekad 70-an, Barbara Streisand dan Kris Kritofferson.
Pada 1977, di pawagam sama, saya terpana menyaksikan John Travolta dalam "Saturday Night Fever".
Setahun kemudian (1978) para remaja jatuh cinta pada Olivia Newton John dalam filem Grease.
Itu juga filem "pecah panggung" yang meletakkan John Travolta sebagai bintang pop sebelum muncul semula pada dekad 90-an dengan filem-filem lebih impresif.
Dekad 90-an membuka jendela sinema dengan munculnya The Godfather III (1990) dan menjadikan pawagam Rex di Jalan Petaling dibanjiri pecinta filem autobiografi kreatif.
Francis Ford Capolla meneruskan kerja seninya membawa ikon mafia dan dunia gambino serta "insight" mafia selepas kejayaan The Godfather (1972) dan "The Godftaher II" (1974).
Filem ala biografi tokoh Mafia New York, Frank Castello membuka lembaran baharu; pengaruh filem moden dengan senario biografi dunia gelap yang dialih secara kreatif ke sinema layar lebar.
The Godftaher diangkat daripada novel karya Mario Puzo. Novelis Amerika Syarikat ini memilih latar fiksyen keluarga Mafia di Long Beach, New York.
Capolla mengangkat novel terbitan G.P Putnam's Sons dengan naratif yang jelas pada biografi jenayah mafia yang berlatarkan Amerika pada dekad 40-an.
Pembaharuan filem autobiografi genre fiksyen yang diangkat melalui gabungan novel kreatif Puzo dan layar lebar Capolla, menjadikan pawagam Melayu yang dipenuhi filem "jenaka cetek" terasa lebih "cetek" jadinya.
Bersambung
* Penulis merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Jul 17 2020
Acara WBC diperkenalkan Unesco pada 2001 dan Madrid dipilih Ibu Kota Buku Dunia yang pertama.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
AWANI Borneo [10/01/2025] - Percepat rundingan mudah cara | Kos RM70 juta | Murid tahun 1 hingga tingkatan 4
AWANI Borneo Jumaat 10 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (November 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh (November 2024).
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027
Projek pembinaan jalan sepanjang 7 kilometer membabitkan dua buah jambatan itu menelan belanja kira-kira RM70 juta yang ditender semula untuk dilaksanakan oleh kontraktor penyiap memandangkan kontraktor asal telah ditamatkan kontraknya.
AGC kaji bangunkan unit bahagian rayuan dan perbicaraan bagi Sabah,Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini, khusus untuk rayuan kes-kes jenayah dengan mengambil kira semua faktor dan melibatkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mahir dan berpengalaman
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran TASKA
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
56,044 orang terima bantuan bulanan JKM Sarawak pada 2024
Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan Sarawak telah menyalurkan lebih RM258 juta dari Januari hingga Disember lepas bagi tujuan berkenaan.
Cadangan jadikan Sarawak hab tenaga baharu tepat
Cadangan menjadikan Sarawak sebagai hub tenaga baharu di rantau ini selari dengan agenda Sarawak yang kini memusatkan 70 peratus penggunaan tenaganya berdasarkan tenaga hijau.
Kerjasama hidrogen PETRONAS, Petros diharap dapat tepati tarikh akhir mudah cara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap projek kerjasama tenaga hidrogen bersih antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.