PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 150 kes positif COVID-19 yang dikenal pasti sebagai jangkitan dalam komuniti berpunca daripada Kluster Teratai.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini KKM telah menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif.
"Sehingga hari ini, dianggarkan sebanyak 150 kes positif COVID-19 dikesan di peringkat komuniti dan luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan Kluster Teratai," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata jangkitan daripada Kluster Teratai telah berkembang kepada dua generasi jangkitan selepas pekerja-pekerja tempatan yang positif turut menjangkiti ahli keluarga dan kontak sosial mereka.
Beliau berkata KKM telah menjalankan saringan peringkat komuniti di Meru, Klang bermula hari ini menggunakan kit Ujian Pantas (RTK)-Antigen.
"Aktiviti saringan masih dijalankan untuk Kluster Teratai dan KKM berharap dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang mempertimbangkan permintaan daripada Selangor dan Negeri Sembilan untuk memanggil semula kakitangan kesihatan mereka yang bertugas di Sabah kembali berkhidmat di negeri masing-masing bagi membantu mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Beliau berkata KKM telah menggerakkan seramai 59 anggota perubatan dan 57 anggota kesihatan awam secara dalaman di Selangor untuk membantu saringan di beberapa kawasan berisiko.
"Sekarang ada permintaan untuk Selangor dan Negeri Sembilan mendapatkan kembali kakitangan mereka yang telah berkhidmat di Sabah. Kami lihat sekarang ini trend penurunan di Sabah mungkin kami pertimbangkan mereka (petugas KKM dari Semenanjung) ini kembali ke negeri masing-masing untuk membantu pengesanan kes dan penilaian risiko di kawasan-kawasan tersebut," katanya.
Menurut beliau, KKM juga bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Imam Response and Relief Team (IMARET), Mercy Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk membantu mempercepat saringan di lapangan, khususnya di Selangor.
"Antara tugas untuk mereka ialah menjalankan siasatan kes COVID-19, melihat kepada pengesanan kes kontak rapat dan pengambilan sampel di lapangan. Jadi, ini membantu KKM untuk mengoptimum sumber manusia dan petugas-petugas kami untuk membantu dan mempercepat saringan di lapangan," katanya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham menafikan dakwaan bahawa kapasiti katil di hospital kerajaan tidak mencukupi bagi merawat pesakit bukan COVID-19, kerana hanya pesakit COVID-19 di tahap tiga hingga lima yang dirawat di hospital.
"Mereka yang dimasukkan ke hospital adalah amat kurang iaitu pesakit berada di tahap tiga dengan jumlah pesakit ialah 4.2 peratus, tahap empat (1.7 peratus) dan tahap lima (0.6 peratus). Jadi, kami sebenarnya tiada masalah dalam merawat pesakit bukan COVID-19 di hospital dan dakwaan ini tidak betul, " katanya.
Selain itu, beliau berkata pesakit tahap satu dan dua yang tidak bergejala serta mempunyai gejala ringan ditempatkan di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC).
"Sebelum COVID-19 melanda, hospital memang dah sesak dan yang penting adalah tahap pengurusan yang dilaksanakan," katanya, sambil menambah hanya 45 daripada 147 hospital di seluruh negara dijadikan hospital hibrid iaitu merawat kedua-dua kes (pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19).
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengatakan katil di hospital kerajaan tidak mencukupi bagi merawat pesakit bukan COVID-19 selain keadaan terlalu sesak dan masa menunggu yang lama.
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini turut mengesyorkan agar kerajaan mempertimbangkan kes bukan kecemasan dan rawatan susulan bagi penyakit bukan COVID-19 dirujuk kepada klinik atau hospital swasta bagi meringankan beban doktor di hospital dan klinik kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 02 2020

KKM telah menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.