Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini memaklumkan lokasi kejadian dikenal pasti berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Selain itu, KKM turut mengeluarkan enam notis kompaun kerana kegagalan pemilik premis memenuhi aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat.
BACA: Video memualkan tikus 'nikmati' hidangan ayam goreng, KKM minta maklumat
"KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru, menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga." katanya.
Pada Jumaat, tular satu video berdurasi 17 saat, menunjukkan seekor tikus menjamah ayam dalam bekas mempamerkan lauk, yang mengejutkan orang ramai.