PUTRAJAYA: Sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 iaitu pada 12-18 Feb, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, berbanding 1,967 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah sebanyak 15,243 kes berbanding 4,950 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 10,293 atau 207.9 peratus.
"Sebanyak 13 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022," katanya.
Beliau berkata sebanyak 79 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu tersebut berbanding 86 lokaliti pada minggu sebelumnya, dengan 53 berada di Selangor, Sabah (20), Kuala Lumpur dan Putrajaya (empat) serta Pulau Pinang (dua).
Katanya survelan Chikungunya merekodkan sebanyak lapan kes pada minggu ketujuh dengan empat kes di Pulau Pinang, tiga kes di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, menjadikan kumulatif kes setakat ini 94.
Dr Noor Hisham berkata bagi survelan Zika, sebanyak 328 sampel darah dan satu sampel urin telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak alpa dengan waktu puncak gigitan nyamuk Aedes, iaitu 6 hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam, terutama dalam cuti sekolah ini yang sering diadakan aktiviti berkumpul, beriadah dan kegiatan rekreasi.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan awal sekiranya mengalami gejala demam denggi iaitu demam tinggi secara tiba-tiba, sakit otot atau sendi, sakit kepala dan sakit pada belakang mata, serta segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda bahaya seperti muntah, cirit-birit atau pendarahan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Sebanyak 13 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sehingga kini berbanding satu kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.