PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan satu kajian baharu tahun ini untuk menyemak semula keperluan sebenar negara bagi pelbagai kategori sumber manusia untuk kesihatan, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kajian itu akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas 2016 dan juga keperluan kesihatan rakyat.
"Dengan ini, taburan dan keperluan anggota kesihatan untuk seluruh negara dapat dipetakan dan diunjurkan dengan jelas," katanya dan menambah KKM akan terus berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan dasar dan perancangan kesihatan yang dirangka adalah bertepatan dengan keperluan rakyat.
Beliau berkata kajian itu akan menjadi bahan bukti ke arah penyediaan pelan implementasi bagi strategi dalam Kertas Putih Kesihatan.
"Pelan jangka panjang ini adalah untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik," katanya.
Mengenai keputusan JPA menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, Dr Zaliha berkata ia merupakan dasar terdahulu yang dibuat berpandukan dapatan suatu kajian oleh KKM yang menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami kelebihan bekalan mulai 2026 hingga 2030.
Bagaimanapun, katanya kajian itu adalah berdasarkan data dari 2008 hingga 2015 dan kurang menggambarkan situasi semasa.
Dr Zaliha berkata unjuran tenaga kerja kesihatan boleh ditambah baik dengan mengambil kira perubahan dasar kerajaan selepas 2015, keperluan kesihatan pascaCOVID-19, perubahan beban penyakit, perkembangan teknologi perubatan dan keperluan perkhidmatan mengikut bidang kepakaran di sektor awam dan swasta.
Beliau berkata perancangan tenaga kerja kesihatan secara efektif harus mengambil kira keperluan kesihatan yang dinamik akibat pertambahan penduduk, penuaan masyarakat, peningkatan beban penyakit dan juga kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana kesihatan.
"Sekiranya berlaku kekurangan tenaga kerja kesihatan, ia berpotensi menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan serta menimbulkan beban kerja berlebihan kepada pekerja kesihatan yang sedia ada," katanya.
Oleh itu, katanya KKM memberi penekanan terhadap perancangan sumber manusia yang holistik dan strategik bagi memastikan bekalan pekerja kesihatan mencukupi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun mengumumkan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Dr Zaliha berkata, kajian itu akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas 2016 dan juga keperluan kesihatan rakyat. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKM semak semula keperluan sebenar tenaga kerja kesihatan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan satu kajian baharu tahun ini untuk menyemak semula keperluan sebenar negara bagi pelbagai kategori sumber manusia untuk kesihatan.

Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan semula bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung langkah menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.