PORT DICKSON: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan semula bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung langkah menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula keputusan yang dibuat berlandaskan kajian pada tahun 2019 itu memandangkan terdapat beberapa perubahan baharu khususnya pasca-COVID-19.
"Kita juga telah berbincang di peringkat teratas untuk melihat dan mengkaji kembali keputusan dan kajian dibuat pada 2019 itu.
"Kita tahu bahawa sebenarnya ada perubahan, berlaku selepas pasca-COVID-19. Mungkin ada perkara-perkara baharu yang kita kena lihat balik daripada kajian tersebut yang mungkin melihat kepada polisi-polisi baharu.
"Apapun kita juga akan terus buat perbincangan dengan JPA tentang perkara ini dan memang perbincangan sedang dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Tinjauan Global Terhadap Penggunaan Tembakau oleh Dewasa (GATS) di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, katanya KKM mengakui bimbang sekiranya keputusan JPA itu bakal memberi kesan kepada minat pelajar sekolah untuk mengambil jurusan perubatan di peringkat pengajian tinggi.
Bagaimanapun katanya, pihaknya akan melihat secara menyeluruh dengan data dan tinjauan yang lebih tuntas sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Perubatan kesihatan merupakan suatu keperluan penting dan setiap jabatan di dalam KKM memerlukan antara satu sama lain," katanya.
Semalam media melaporkan, kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan kajian KKM mendapati bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran mulai tahun 2026 hingga 2030.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan pencapaian nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jun 11 2023
![Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686458118_ZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula keputusan yang dibuat berlandaskan kajian pada tahun 2019 itu memandangkan terdapat beberapa perubahan baharu khususnya pasca-COVID-19. - Gambar fail
![Pasaran getah KL ditutup tinggi Pasaran getah KL ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah KL ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695257373_AnwarErdoan.jpg)
Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
![Permohonan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian, farmasi dibuka 3 Julai Permohonan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian, farmasi dibuka 3 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686806242_JPA.jpg)
Permohonan tajaan JPA bidang perubatan, pergigian, farmasi dibuka 3 Julai
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bermula 3 hingga 7 Julai.
![Tajaan JPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan - PM Anwar Tajaan JPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686480660_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tajaan JPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.
![Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686458118_ZalihaMustafa.jpg)
Henti taja bidang perubatan, pergigian, farmasi: KKM bincang semula dengan JPA
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan semula bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung langkah menghentikan tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
![Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557329333_JPA.jpg)
Pelajar tajaan JPA terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University
Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.