MUAR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 pada pertengahan bulan hadapan susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memutuskan wabak itu bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata penilaian itu bertujuan menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir pada 30 Jun itu, sebelum kerajaan menentukan hala tuju seterusnya melibatkan langkah perlindungan terkini mengenai COVID-19.
Beliau berkata walaupun WHO mengumumkan wabak itu bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa, KKM masih perlu mengambil kira faktor yang berlaku secara lokal di negara ini.
"Kita di peringkat jawatankuasa teknikal, telah memberi pandangan bahawa kita akan teruskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan kita masih kekalkan lagi kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir Jun ini.
"Kita nak tengok lagi perkembangan sebab ada lagi kes COVID-19 tetapi masih terkawal, segala pandangan (WHO) dan keadaan di negara ini pun kita kena lihat terlebih dahulu sebelum menerima pakai saranan WHO.
"Jadi, pertengahan Jun nanti kita akan buat penilaian," katanya.
Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas Sesi Townhall Kertas Putih Kesihatan Zon Selatan di Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh, di sini, hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM juga akan membuat semakan semula dan mengemas kini garis panduan COVID-19 dengan merujuk kepada cadangan WHO berkaitan transisi pengurusan jangka masa panjang pandemik berkenaan.
Semalam, agensi berita asing melaporkan WHO pada Jumaat memutuskan COVID-19 tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas dunia dilanda pandemik itu sejak tiga tahun lepas.
Mengenai Kertas Putih Kesihatan, Dr Zaliha berkata ia akan menjadi permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing, selain mendapat sokongan seluruh masyarakat dan kerajaan.
Menurutnya Kertas Putih Kesihatan itu akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan bagi mendapatkan sokongan dwipartisan ahli Parlimen sebelum langkah pelaksanaannya dapat dijalankan.
Sementara itu, Dr Zaliha dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME 18/2023) iaitu dari 30 April hingga 6 Mei, meningkat 53.1 peratus daripada 4,963 kes pada minggu sebelumnya kepada 7,596 kes.
"Kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki) ke fasiliti kesihatan awam juga menunjukkan peningkatan daripada 5.8 peratus kepada 7.2 peratus bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 18/2023 berbanding ME 17/2023," katanya sambil menambah keadaan jangkitan di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Dr Zaliha (tengah) menjawab soalan pada sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan peringkat zon selatan di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar hari ini. -Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.