PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji strategi baharu untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang meningkat secara konsisten setiap hari.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon merah dan hijau serta memperketat kawalan sempadan antara negeri.
"Bagi negeri-negeri merah, tindakan yang lebih drastik dan bersasar perlu dijalankan dengan melihat kepada kluster-kluster di negeri terlibat. Kita juga akan memperketatkan kawalan sempadan iaitu menghalang mereka rentas negeri dan daerah.
"Kita memerlukan sekatan pergerakan untuk mengawal, mengurangkan jumlah kes daripada 2,000 kepada 200 sebelum kita boleh menguruskan keseluruhan situasi dengan lebih baik," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang mengkaji model digunakan Sarawak dalam mengawal penularan COVID-19 di negeri itu dengan mewajibkan pelawat atau mereka yang pulang (ke negeri itu) untuk menjalani ujian calitan dan dikuarantin sebelum dibenar bercampur dengan komuniti.
"Strategi kita akan berubah, kita lebih kepada pendekatan bersasar berbanding pelaksanaan di seluruh negara.
"Perbincangan sedang berjalan, KKM akan memberi nasihat tapi 'kebijaksanaan' kerajaan untuk membuat keputusan," katanya sambil menambah KKM menjangkakan peningkatan kes harian dalam tempoh dua minggu terutama selepas ambang Tahun Baru.
Beliau berkata walaupun tindakan yang diambil sejak 14 Okt lepas berjaya mengelakkan lonjakan kes secara mendadak, ia masih tidak berjaya menurunkan kebolehjangkitan yang masih pada R-naught 1.1 kepada 0.5.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang mempertimbangkan untuk menempatkan kes positif tidak bergejala dan bergejala ringan di pusat kuarantin yang digunakan untuk pengembara pulang dari luar negara manakala pekerja asing pula dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Ditanya kebimbangan penularan COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di lima negeri iaitu Selangor, Perak, Terengganu, Pahang dan Johor, Dr Noor Hisham berkata setakat ini tiada kluster baharu dikesan manakala Pesakit Dalam Pemantauan (PUS) serta Individu Dalam Siasatan (PUI) juga bukan antara mereka yang terlibat dalam bencana itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021
Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang mengkaji model digunakan Sarawak dalam mengawal penularan COVID-19. - Bernama
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.