GAZA: Sekurang-kurangnya 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt tahun lepas.
Agensi berita Palestin WAFA melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi berkata 9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Kementerian itu menyatakan bahawa sekitar 357 pelajar ditahan di Tebing Barat.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa 497 guru dan pentadbir terbunuh dan 3,426 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
WAFA melaporkan kira-kira 353 sekolah kerajaan, universiti, bangunan universiti dan 65 milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNRWA) dibom dan dirosakkan di Semenanjung Gaza, menyebabkan 139 daripadanya mengalami kerosakan teruk dan 93 musnah sepenuhnya.
Di Tebing Barat, 69 sekolah dan lima universiti di Tebing Barat diserbu dan dirosakkan.
Ia menambah bahawa 133 sekolah kerajaan juga digunakan sebagai pusat perlindungan di Semenanjung Gaza.
Kementerian itu menegaskan bahawa 620,000 pelajar di Semenanjung Gaza masih tidak dapat mendaftar di sekolah mereka sejak permulaan pencerobohan dan 88,000 pelajar juga tidak dapat mendaftar di universiti mereka.
Pihak pendudukan itu juga menghalang 39,000 pelajar dari Semenanjung Gaza menduduki peperiksaan sekolah menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera akibat serangan Israel. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Yuran pengajian pelajar Palestin di universiti awam dikecualikan setahun
Yuran pengajian bagi lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di Malaysia, dikecualikan bagi tempoh setahun.

Biasiswa pelajar Palestin untuk bantu bangunkan semula negara itu
Tawaran biasiswa yang dibuat kerajaan Malaysia untuk pelajar Palestin merupakan satu inisiatif membantu membangunkan semula negara mereka.