DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa, menurut pegawai yang mengesahkan.
Abu Sayeed, 25, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di daerah Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis, kata penolong komisioner Uttam Kumar Pal kepada Anadolu.
Ramai lagi yang cedera, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa 22 anggota polis juga tercedera dan keadaan masih tegang.
Tiga orang, termasuk seorang pelajar Kolej Chattogram dan dua pejalan kaki yang ditembak semasa pertempuran, meninggal dunia akibat kecederaan mereka, kata Mohammed Taslim Uddin, pengarah Hospital Kolej Perubatan Chittagong, kepada Anadolu.
Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai yang terkorban. Walau bagaimanapun, beliau berkata 18 orang cedera dalam insiden itu dan sedang dirawat di hospital.
Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang dimansuhkan pada 2018.
Sistem itu memperuntukkan 56 peratus daripada jawatan masuk pekerjaan kerajaan untuk demografi dan kelas tertentu. Daripada kuota 56 peratus semasa, 30 peratus daripada semua pekerjaan dalam sektor awam dikhaskan untuk keluarga mereka yang mengambil bahagian dalam perang pembebasan 1971, menurut laporan itu.
Para pelajar menuntut agar kuota untuk pekerjaan perkhidmatan awam dimansuhkan dan diberikan kepada calon berdasarkan merit.
Protes yang pada mulanya aman bertukar menjadi ganas pada Isnin apabila ahli sayap pelajar parti pemerintah Liga Awami didakwa menyerang penunjuk perasaan, menyebabkan lebih 200 orang cedera.
Pengarah Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Md. Asaduzzaman berkata 234 pelajar dirawat akibat kecederaan manakala lapan daripada mereka dimasukkan ke hospital.
Susulan pertempuran ganas sepanjang malam, pelajar menyekat jalan utama dan laluan kereta api di seluruh ibu kota Dhaka, menyebabkan keadaan lumpuh.
Tamikul Islam, subinspektor di balai polis Banani, memberitahu Anadolu bahawa pelajar menyekat jalan dan landasan kereta api di kawasan kejiranan Mohakhali, mengganggu pergerakan trafik.
Pelajar di beberapa bandar lain juga mengadakan protes serupa.
Sementara itu, anggota Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), pasukan separa tentera yang bertanggungjawab untuk keselamatan sempadan, telah dikerahkan di daerah Dhaka, Chittagong, Bogra dan Rajshahi untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, yang menjadi pusat kepada gerakan reformasi kuota yang sedang berlangsung, kata BGB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024
Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang dimansuhkan pada 2018. - AP
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
ASEAN perlu cipta acuan sendiri, bukan ikut rentak barat - Muhammad Yunus
Profesor Muhammad Yunus, Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, menyarankan agar ASEAN mencipta acuan sendiri dalam pelbagai aspek dan tidak terikut rentak Barat. Beliau menekankan bahawa model memaksimumkan keuntungan demi pertumbuhan tidak lagi relevan. Sebaliknya, pertumbuhan yang boleh diagihkan kepada rakyat terbanyak adalah acuan terbaik.
Industrial Star Rating: Will it help the Malaysian industrial sector?
Discover how the star rating system could transform Malaysian industrial parks, enhance global competitiveness, and strengthen supply chain resilience in strategic sectors with insights from Director, Research Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
BRICS & Hubungan ASEAN-China: Pendekatan Malaysia di WEF 2025
Penerangan:Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pembaharuan struktur kewangan global melalui IMF dan PBB sambil menekankan pentingnya BRICS dalam dialog Selatan Global. Beliau juga menegaskan peranan ASEAN, hubungan strategik dengan China, dan kepentingan Malaysia sebagai negara perdagangan bebas di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
AWANI Ringkas: Struktur kewangan IMF & PBB perlu pembaharuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.