Penasihat DAP Lim Kit Siang yakin pengundi di parlimen Sandakan akan membuat pilihan terbaik untuk mengekalkan kerusi DAP menerusi calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Lim berkata kemenangan Wong dalam PRK itu amat penting apatah lagi dalam usaha mengembalikan status Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Pindaan itu tidak berjaya apabila gagal mendapat undian dua pertiga majoriti atau 148 undi tetapi hanya mendapat 138 undi sahaja.
"Jika Wong dipilih sebagai ahli Parlimen, undi akan menjadi 139 dan harap akan mendapat sembilan undi lagi," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DAP di Kampung Mangkalinau, di sini pada Rabu.
Hadir sama, Wong, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong dan wakil daripada parti Warisan.
Lim yang juga anggota Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan di bawah Pakatan Harapan berusaha menjadikan Sandakan sebagai Sandakan Baharu bagi menghidupkan ekonomi masyarakat daerah itu melalui usaha pembangunan yang dijalankan seperti menaik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan.
Beliau berkata usaha menarik lebih ramai pelancong ke Sandakan memerlukan lapangan terbang bertaraf antarabangsa selain kemudahan lain.
Sementara itu, Chong berkata usaha untuk membaiki jambatan di Kampung Mangkalinau juga akan dibuat dalam tempoh terdekat ini selain membuat penyambungan bekalan elektrik bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Beliau berkata kawasan itu merupakan antara kawasan yang sering berlaku penyambungan haram sehingga menyebabkan masalah kepada kilang berhampiran.
Sementara itu, Ketua Kampung Mangkalinau, Mohamad Idris, 51, berharap kampung yang wujud sejak 30 tahun lalu itu akan diwartakan sebagai kampung yang sah bagi memudahkan mendapat kemudahan asas lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2019

Lim berkata kerajaan di bawah Pakatan Harapan berusaha menjadikan Sandakan sebagai Sandakan Baharu bagi menghidupkan ekonomi masyarakat daerah itu melalui usaha pembangunan yang dijalankan. --fotoBERNAMA/Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.

Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.

TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

Bekalan elektrik ke Timur Sabah pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity.

Ribuan terputus bekalan elektrik selepas ribut petir landa South Australia
Ribuan penduduk di South Australia (SA) terputus bekalan elektrik selepas ribut petir kuat melanda negeri itu, menyebabkan kerosakan pada talian kuasa.

Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.

Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.

Taufan Debby: Angka kematian di AS cecah 4, lebih 150,000 tanpa bekalan elektrik
Di seluruh negeri Florida dan Georgia, kira-kira 153,000 orang telah terputus bekalan elektrik oleh taufan itu.

Taufan Debby landa Florida Big Bend, banjir besar dijangka
Taufan Debby tiba di pedalaman di wilayah Florida Big Bend dengan banjir besar dijangka berlaku di tenggara AS.